CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Johor] Pusat hiburan beroperasi tanpa lesen sah diserbu

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

DUA premis pusat hiburan di sekitar Johor Bahru diserbu polis, semalam. FOTO Izz Laily Hussein.

Johor Bahru : Polis Johor memeriksa 46 individu berusia 18 hingga 53 tahun selepas dua buah pusat hiburan di sekitar daerah ini diserbu, semalam.

Daripada jumlah yang diperiksa, dua lelaki ditahan selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan awal air kencing dan seorang lagi dipercayai penjaga premis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dijalankan antara jam 1.30 pagi hingga 5 pagi oleh 28 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.


"Dalam serbuan itu, kita membuat pemeriksaan terhadap 46 individu yang sedang berhibur di dalam premis berkenaan.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

"Kita juga menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan gagal mengemukakan lesen hiburan yang sah.

Katanya, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan seperti pembesar suara, mikrofon, 'line mixer' dan komputer riba.

"Semua yang ditahan akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-lesen-sah-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.502401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list