CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 2

Ieda Moin Bingung Tawaran Berlakon Menyedihkan! "Tak Demand Harga Pun, Orang Cari Lepas Tu Senyap"

  [Copy link]
Post time 25-11-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Ieda Moin, 43, melahirkan kebimbangan berikutan tawaran berlakon untuknya semakin berkurangan.


Ieda berkata, walaupun namanya tersenarai sebagai Top 5 Artis Komedi Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), tawaran berlakon amat menyedihkan.



Foto: Harian Metro




"Saya pun bingung mengapa perkara ini boleh berlaku. Selalunya yang banyak tawarkan berlakon ialah produksi dari Astro, Suke TV dan RTM.


"roduksi luar yang panggil berlakon memang boleh dikira dengan jari. Dulu ada juga nama-nama produksi besar panggil berlakon tapi sekarang sudah tiada lagi.


"Ikutkan saya tiada masalah dengan mana-mana stesen TV atau digam. Mereka cari saya tanya tarikh kosong dan selepas itu janji nak hubungi semula tapi sudahnya diam begitu saja," katanya kepada Harian Metro.




  



Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin berkata, dia tidak 'demand' harga dan masih mengekalkan bayaran sama seperti dulu.


"Harganya sama dan tak pernah berubah sampai sekarang. Tak tahulah kalau produksi sudah dapatkan artis baru yang lagi murah.


"Apapun saya bersyukur banyak diberi peluang berlakon dengan produksi Mega Pine milik pelakon, Nazia Mustafar yang banyak terbitkan drama untuk Astro. Saya akui bentuk fizikal bukan punca utama. Rasanya produksi dapat artis baru harga yang murah tak masuk akal. Janji muka dapat masuk TV kot," katanya.




  



Ieda berkata, amat tidak logik namanya tidak lepas untuk muncul di semua stesen TV.


"Bukan saya tak pernah dapat watak pembantu utama. Kalau watak heroin sekarang memang tidaklah dan saya sedar hal ini.


"Namun untuk cerita komedi, saya selalunya masih lagi dapat watak utama. Saya agak beruntung kerana masih lagi kerap dapat tawaran terbabit program komedi," katanya.




  



Menurutnya, industri kini dibanjiri artis baru dan dia perlu bersaing dengan mereka yang masih muda.


"Lainlah kalau saya pernah tercalon contohnya dalam Anugerah Bintang Popular pasti ada yang ingat. Insya-Allah, selagi nama relevan orang masih nakkan saya dalam industri," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Skang dah ramai Sgt influencer yg masuk.. Tgk si Noreen tu, baper byk dah drama dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:05 AM | Show all posts
Klon pojiah latip tu (lupa nama), takut tengok rupa. Dah macam rangka bergerak. Timbul segala tulang temulang. Tekanan ke kak jaga laki sakit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062565 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list