|
Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohammedin atau mesra disapa Budak Ijat ada berkongsi satu video sedih memaparkan pelakon Zarina Zainuddin sedang berbual bersama anak istimewanya, Azal mengenai hari mendatang sekiranya dia sudah tiada lagi di dunia ini.
Menerusi video tersebut, Azal kelihatan terdiam sebaik sahaja mendengar soalan tersebut daripada ibunya. Zarina yang turut kelihatan mengalirkan air mata.
"Kalau satu hari nanti ibu tak ada dalam dunia ni, ibu dah meninggal dunia macam mana Azal?"
Namun tidak lama kemudian Azal meluahkan rasa sayangnya terhadap abangnya, Azil. Menurut Azal, dia sangat menyayangi kembarnya itu, cuma ada kalanya dia tidak tahan apabila abangnya itu mengamuk.
Lebih memeranjatkan apabila Azal secara tidak sengaja terkentut semasa sedang berbual bersama ibunya.
"Azal kentut ke?" tanya ibunya dengan muka terkejut.
"Alamak....kentut..ada oksiden dan bakteria" kata Ajal dengan muka tak bersalah menjawab soalan ibunya.
Rata-rata rakan selebriti dan netizen sangat terhibur dengan kejadian itu.
Adoi tengah sedih tiba-tiba oksigen dan bakteria buat hal pula. Comel betul Azal, muka tak bersalah tu. - CARI
|
|