Anak Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sentiasa bersuara mempertahankan bapanya yang dikaitkan dengan kluster mahkamah dan juga kekalahan teruk Barisan Nasional (PRU15) yang lalu sehingga digesa meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.
Dalam posting terbaru di InstaStorynya, Nurul menyeru agar pintu keluar negara di tutup untuk penghianat dan wajib siasat dari mana "mereka" mendapat duit yang banyak untuk berkempen.
Malah, dalam posting berasingan Nurul turut berdoa semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bakal Kluster Mahkamah yang baharu.
Disamping itu, dia juga memuat naik paparan skrin mesej menunjukkan permohonan maaf beberapa individu atas kebiadapan terhadap bapanya.
Meninjau di Facebook, posting Nurul itu di perli oleh rata-rata netizen.
Terdahulu, perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB. - CARI
|