CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 957|Reply: 13

Zul Huzaimy Diugut Gara-Gara Nak Sembelih Orang Bukan Islam

  [Copy link]
Post time 24-11-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Zul Huzaimy, 43, mengakui dia ada menerima ugutan selepas terpalit dengan isu klip video kontroversi ucapannya yang menyentuh isu golongan bukan muslim dan berbaur perkauman yang tular baru-baru ini sehingga pihak polis membuka kertas siasatan.


Zul atau nama sebenarnya, Zul Huzaimy Marzuki ketika ditemui berkata, dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jenis ugutan diterima kerana kes terbabit masih dalam siasatan pihak berkuasa dan sudah memberikan kerjasama sebaiknya.




Foto: IG




"Memang saya ada terima ugutan, tapi saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa yang masih melakukan siasatan sehingga sekarang. Saya juga sudah memberi kerjasama kepada polis dan sekarang siasatan masih berjalan lagi," katanya kepada media selepas menghadiri acara pratonton filem Daddyku Gangster lakonannya yang akan ditayang mulai 1 Disember, depan.


Zul berkata, sebagai manusia biasa, dia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.




  



Katanya, apa yang sudah berlaku itu benar-benar menjadi pengajaran kepadanya supaya tidak lagi tersasar bercakap pada masa akan datang.


"Saya ini manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan. Adakalanya tersasar juga menggunakan perkataan tidak sesuai. Saya bukannya artis yang sukakan kontroversi. Sebelum-sebelum ini pun, mana ada saya buat apa-apa (kontroversi).


"Semua orang pelik, kenapa Zul macam itu? Jadi, itulah manusia sebenarnya dan saya berharap semua penonton dan peminat saya memahami apa yang berlaku itu ialah lumrah sebagai manusia biasa, tak lepas daripada tersasar juga buat kesilapan. Saya berharap ini adalah pengajaran kepada saya," katanya.




  



Menurut Zul, segala yang berlaku itu datangnya daripada kesilapan dirinya sendiri dan tidak membabitkan pihak-pihak lain yang cuba memintanya untuk berbuat sedemikian.


Ditanya juga mengenai kekesalan dirinya, Zul berkata, sudah tentu setiap sesuatu benda yang kita buat satu kesilapan, dan kita rasa mungkin kesal dan macam tak 'best'.


"Itulah semua orang, manusia baik yang tiada niat akan rasa begitu (kesal). Tapi, kalau memang dia ada berniat, itu lainlah. Apapun, saya minta kepada semua, jangan dikaitkan filem ini dengan isu politik. Saya mohon berikan sokongan kepada karya seni ini.




  



"Saya juga akan meneruskan lagi memberi ceramah sekiranya menerima undangan. Sebabnya, saya masih lagi sebagai ikon permotoran yang akan bercakap mengenai permotoran saja, dan tidak lagi akan membabitkan benda-benda sebegitu (berbaur perkauman)," katanya.


Terdahulu, dalam kenyataan sensitif Zul yang dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu, polis membuka kertas siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko sembelih.. depa tembak je.. ce le diam.diam aje.. cina hindu kat mesia baik baik aje pun.. ko nak.sgt ke 13 mei.. aku tak nak.. bg aku kalo rezeki dap naik pun hadap ajelaa dah mmg rezeki dia.. kita jgk yg gigih undi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanla muka kooooooo. I anti betul dgn org mcm ini. Gigih niru adat belah sana ke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak takde ke sebelum keluarkan ayat bodoh mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita ni hidup dalam negara yg berbilang kaum, jangan la keluarkan kenyataan extremist macam ni. Generasi sekarang pon banyak yg hasil kawen campur, hidup dengan budaya yg pelbagai. Anak aku sendiri pon melayu + cina + india, jadi aku xde la ajar dia untuk jadi extreme sangat pasal ketuanan melayu. Yg penting aqidah kena jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 12:56 PM | Show all posts
apa bangang la ko nih?tu la sampai ke tua otak rempit..padahal masa iollss skola dulu ko la crush iollss sampai sanggup bli majalah urtv media hiburan & hai time ada citer cover pasal ko..buang karan tol..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan ler muka dah mulut bercakap macam takde insurans sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 01:33 PM | Show all posts
padan la muka ko cakap tak pakai otak. ko sape suka2 hati nak sembelih orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 gangster mcm sanaz gak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:14 AM | Show all posts
dahla xensem ckp pailang puih
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa ko bercakap konon2 gangster, tapi bangang!

Diharap polis ambik tindakan apa yg ko dah merepek tu!  Islam pun tak ajar kita buat cam gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:23 AM | Show all posts
Tak beragak mulut tu sembang sembelih sembelih, halal ya darah manusia lain hanya sbb dia bukan muslim? Ajaran manalah ni. Nilah manusia-manusia yang bakal jadikan Malaysia macam negara jiran, benda balah sikit gaduh sampai angkat parang putus kepala bagai. Ko balik indon sana. Sini takde budaya sembelih manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 04:03 PM | Show all posts
mentang mentang la berlakon selalu jadi orang jahat, terus rasa diri kuat boleh bunuh orang haha what a joke!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So dia ni kena tangkap ke tak? Cina dap rasis superman tu dah kena tangkap! Melaeis rasis pon elok dihumban dalam penjara.. ehhh letihlah aku , kita nak hidup dlm aman damai harmoni, laki aku n aku nak kumpul toys 4 almari pon beli dgn cina sbb depa juai murah pehtu beli roti canai buatan org melayu juai kat kedai cina juaa , retis tempatan mmg kami sokong juga, maruku kawan india aku juai aku bli jua.. aku nak hidup harmoni , support menyapot.. ringgit pon dah naik skrg ni..peliklah manusia butthurt x abis2. Berbalik pd topik sila tangkap manusia2 yg rasis n extremis ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061689 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list