CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MsCinderella

BANJIR 2010 DI KEDAH & PERLIS

[Copy link]
Post time 3-11-2010 01:55 PM | Show all posts
mudah2an cpt surut banjir tu..ksian sgt tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 02:26 PM | Show all posts
info yg nuox dpt dr ayah, ayaq kt jitra dh surut sikit2 tp sekarang air kt tanah merah plak naik..area taman mahsuri yg xpenah naik air msa banjir 2005 pn naik smpai ke dada..

alhamdulillah umah nuox air xmasuk smpai umah, sikit lg ayah ckp nk masuk..so, umh nuox jd tmpat sedara berkumpul..byangkan msa air naik tuh tgh mlm, mak n ayah xtidoq sbb risau..kelmkabut dok koll jiran n sedara bngun slmatkan brg n nyawa..huhu

nih pic kg nuox yg dpt dr cousin..nk blk jitra, mak xkasik..uhuuu..so dpt doa dr jauh je la



maybank jitra pn masuk ayaq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 02:28 PM | Show all posts
kesian kan..byk2 bersabar le..adik ipar n saudara sbleh hubby pun pindah .. now depa duk sek tajudin ...
shahima99 Post at 3-11-2010 11:29



kak, sekolah kebangsaan ahmad tajudin...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 02:34 PM | Show all posts
sekolah ku tenggelam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply 64# nuox84


    erkkkkk......teruknya air bah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 03:43 PM | Show all posts
Reply 62# nuox84

TM Point Jitra pun ayaq naik sampai dada. Depa sempat selamatkan duit jahh! Komputer lingkup!!!

Sat gi kul 4, dengaqnya elektrik akan off. Dun know lah brapa lama. Tak dapat la nak mengadap cari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2010 04:52 PM | Show all posts
sekolah ku tenggelam..
nuox84 Post at 3-11-2010 14:34


Mak oii dalamnya......mmg le SMK Jitra tu rendah sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 08:27 PM | Show all posts
umah sy x kena saya duk kat tmn tunku sarina jitra...tp kerja kat perlis...tu yg tau tu...dah 2 hari xleh gi kerja....smlm byk jln ttp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2010 08:42 PM | Show all posts
ada sapa2 tgk berita tadi...apa update terbaru?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 08:44 PM | Show all posts
cin lak tak leh buka fb kat opis ni..byk gak tgk gambaq kat fb bah kat perlih...
ramai lak yg kata lebih teruk dr 2005...x tau la sbb 2005 dgn 2010 tak ada kat perlih

and btw, adakah org2 kita masih tak dpt nak meramal banjir dgn lebih efisyen..taburan hujan yg turun sampai 2 hari berturut2 masih tak leh dibaca ka?pastu bila banjir teruk, depa buka ayaq pam..lagi teruk jd nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:03 PM | Show all posts
Pelajar UiTM Arau dijangka berdepan krisis bekalan makanan


2010/11/03
KANGAR: Lebih 8,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dijangka berdepan krisis bekalan makanan, jika banjir yang melanda seluruh negeri sejak malam Ahad lalu terus berlarutan.

Keadaan itu memaksa pihak universiti mencatu bekalan makanan sedia ada untuk memastikan stok sedia ada mampu menampung keperluan semua pelajar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua hari lagi. Pengarah UiTM Perlis, Prof Dr Khudzir Ismail, berkata ketika ini pihak universiti menggunakan sistem kupon untuk mengawal bekalan sedia ada bukan saja kepada lebih 6,000 pelajar yang kini menginap di kampus, malah turut membabitkan pelajar luar kampus. "Sehingga kini, lebih 1,000 pelajar luar kampus sudah dibawa masuk untuk diberi perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga selepas banjir mula melimpahi sekitar negeri termasuk di Arau.

"Cuma, kita sekarang bimbang bekalan makanan akan terputus memandangkan banyak kedai di sekitar pekan Arau dan bandar Kangar tutup, apatah lagi bekalan sedia ada hanya mencukupi untuk tempoh dua hari saja," katanya.

Sementara itu, lebih 7,000 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberikan cuti sehingga bencana banjir reda, manakala 34 pelajar antarabangsanya pula dipindahkan dari penempatan di taman Aman ke Wang Ulu di Kuala Perlis.

Selain itu, ratusan lagi penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Perlis juga dilapor turut terputus bekalan selepas laluan utama sekitar kawasan terbabit mula dinaiki air sehingga paras dada.
Usaha menghantar bekalan masuk ke kawasan terbabit oleh waris juga sukar kerana paras air yang tinggi dan arus deras. Bagaimanapun, tinjauan mendapati ada di kalangan penuntut yang mengambil risiko keluar mengahrungi banjir untuk membeli bekalan makanan.

Difahamkan, sehingga jam 12 tengah hari semalam, sejumlah 8,042 mangsa banjir membabitkan 2,050 keluarga di seluruh Perlis dipindahkan ke 42 pusat pemindahan yang dibuka, melebihi rekod dicatatkan pada banjir besar 2005 yang melanda Perlis lalu, membabitkan kira-kira 8,000 mangsa.

Berdasarkan tinjauan, paras air di sekitar negeri semakin meningkat dengan lebih banyak lokasi terutama di sekitar Kangar, mula dinaiki banjir.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd Shaffy, ketika dihubungi, berkata paras air di sekitar Empangan Timah Tasoh kini semakin menurun ke paras 30 meter berbanding 30.49 meter kelmarin. Bagaimanapun, ia masih diklasifikasikan sebagai melepasi paras bahaya.

"Buat masa sekarang, satu daripada enam pintu di Empangan Timah Tasoh yang dibuka untuk melepaskan air keluar, sudah ditutup dan jika cuaca stabil, kemungkinan besar keadaan akan kembali pulih dalam tempoh dua hari," katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:04 PM | Show all posts
Korban banjir: 2 beradik dikhuatiri lemas di Pokok Sena
03/11/2010 8:07pm


ALOR SETAR 3 Nov. – Dua beradik dari Kampung Telaga Mas, Pokok Sena dikhuatiri lemas selepas motosikal yang mereka tunggangi tergelincir masuk ke dalam tali air di kampung itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata, Siti Nadia Syukor, 13, dan Sharifah Syukor, 8, dikatakan menunggang motosikal bersama rakan mereka, Intan Malik, 14.

"Semasa mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus,” katanya yang menerima laporan tentang kejadian itu kira-kira pukul 1 tengah hari.

Beliau berkata, Intan dapat berpaut pada dahan sebatang pokok dan diselamatkan oleh orang kampung.

"Dua beradik itu pula dihanyutkan arus dan usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan oleh pasukan penyelamat,” katanya. – Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:05 PM | Show all posts
Banjir: Perkhidmatan tren, lebuh raya ke utara terjejas
03/11/2010 8:04pm


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Perkhidmatan tren antara bandar Keretapi Tanah Melayu bagi laluan Arau-Tunjang pada hari ini dan esok dibatalkan berikutan banjir besar yang melanda Kedah dan Perlis.

Menurut satu kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren yang dibatalkan ialah Ekspres Antarabangsa (Bangkok-Butterworth-Bangkok) dan Ekspres Senandung Langkawi (Hatyai-Kuala Lumpur).

Bagaimanapun, penumpang Ekspres Senandung Langkawi (Hatyai-Kuala Lumpur) dari Stesen Bukit Mertajam dan mana-mana stesen selepasnya yang menuju ke Kuala Lumpur, boleh menaiki tren Ekspres Senandung Mutiara yang berlepas pada 11 malam di stesen itu.

Perkhidmatan yang dijadual semula pula ialah Ekspres Senandung Langkawi (KL Sentral-Hatyai).

Tren ini hanya akan meneruskan perjalanan ke Stesen Alor Setar dan penumpang boleh menggunakan pengangkutan alternatif seperti bas dan teksi di stesen tersebut.

Sementara itu, laluan di Kilometer 35.8, Kilometer 34.8 dan Kilometer 32.6 (kedua-dua arah) antara Kepala Batas dan Jitra, Lebuh Raya Utara Selatan masih ditutup kepada semua lalu lintas akibat banjir di kawasan itu.

PLUS Expressways Berhad (PLUS) dalam kenyataannya berkata, semua kenderaan yang ingin ke utara boleh menggunakan laluan alternatif, iaitu keluar di Plaza Tol Alor Setar Utara dan menggunakan Laluan Persekutuan 7 hingga ke Ayer Hitam, seterusnya melalui Jalan Negeri K102 untuk ke Changlun. – Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:05 PM | Show all posts
Landasan banjir: MAS batal penerbangan ke Alor Setar
03/11/2010 6:47pm


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Malaysia Airlines (MAS) membatalkan penerbangan ke dan dari Alor Setar berikutan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim setelah air membanjiri landasan.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Mohamed Azharuddin Osman berkata, lapangan terbang itu akan ditutup sehingga Khamis.

Beliau berkata, penumpang penerbangan ke Alor Setar yang terjejas itu boleh menukar tiket mereka secara percuma untuk ke destinasi lain seperti Pulau Pinang atau Langkawi.

Azharuddin berkata, mereka juga boleh menukar tarikh perjalanan mereka tanpa bayaran dalam tempoh tertentu atau tiket mereka dibayar balik mengikut prosedur biasa bergantung kepada jenis tambang tiket.

Dalam satu kenyataan di sini, MAS berkata, syarikat penerbangan akan memantau keadaan dan menyaran penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan itu di talian bebas tol 24 jam Pusat Panggilan di 1 300 88 300 atau pejabat tiket untuk maklumat terkini mengenai jadual penerbangan. – Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:06 PM | Show all posts
Dua jalan utama Jitra-Alor Setar ditenggelami air
03/11/2010 3:29pm


JITRA 3 Nov. - Beberapa jalan utama yang menghubungkan pekan ini dengan Alor Setar ditenggelami air sedalam hampir satu meter, dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, sekaligus menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya terkandas.

Dua jalan utama yang ditenggelami air ialah Jalan Alor Setar-Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas, manakala jalan alternatif atau jalan kampung, turut dinaiki air.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan mendapati aktiviti harian penduduk di sini lumpuh sepenuhnya, dan beberapa khemah didirikan sebagai tempat tinggal sementara mangsa banjir.

Selain itu, tinjauan di kedai runcit mendapati bekalan makanan seperti ikan kering, sardin, telur, makanan segera serta beras, laris dijual dan mungkin menghadapi kekurangan sekiranya jalan utama masih tenggelam.

M. Kalidas, 45, berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2005 dan tidak menjangka kawasan kediamannya turut dinaiki air kerana perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2010 09:23 PM | Show all posts

REZEKI BANJIR...Pengutip barangan lusuh, T. Supramaniam, 53, mengambil peluang mencari rezeki dengan mengumpul tin dan botol kosong yang tersangkut pada sebuah jambatan apabila air mula melimpah di Taman Aman dekat sini pada Rabu. Sehingga kini, seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di negeri ini dipindahkan ke pusat penempatan banjir. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:25 PM | Show all posts
Rabu November 3, 2010
Kerajaan Negeri Dilanda Banjir Harus Lebih Proaktif Bantu Mangsa - Shahrizat
ALOR SETAR: Kerajaan negeri-negeri yang dilanda banjir terutama Kedah, diminta lebih proaktif dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan pusat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia termasuk membantu agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan.

"Dalam pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kedah terutama makanan, kita (JKM) menghadapi masalah untuk menghantarnya kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.

"Dalam hal ini kerajaan negeri sepatutnya membantu kita menyediakan pengangkutan yang membolehkan kita masuk ke kawasan itu. Makanan cukup tetapi nak bawa masuk susah," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, dekat sini pada Rabu.

Katanya kerajaan negeri juga perlu lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan usaha membantu kerajaan pusat menangani masalah yang dihadapi mangsa banjir.

"Kerajaan negeri jangan lembab sangat. Kerajaan negeri kena cekap. Kita (Kerajaan Pusat) dah buat kerja kita. Dalam hal ini Kedah paling ramai mangsa banjir berbanding negeri-negeri lain. Mangsa ramai sangat. Jangan sambil lewa," katanya.

Beliau juga berharap Kementerian Kesihatan menerusi Jabatan Kesihatan negeri menghantar sekurang-kurangnya dua orang doktor setiap hari ke pusat pemindahan banjir bagi mencegah penularan penyakit.

Shahrizat berkata sehingga pukul 1 tengah hari tadi, sebanyak 172 buah pusatpemindahan dibuka di Kedah, Perlis dan Kelantan melibatkan 34,775 mangsa.

"Negeri Kedah adalah negeri yang paling teruk dengan 122 pusat pemindahan melibatkan 25,923 mangsa manakala bagi Perlis sebanyak 47 pusat pemindahan masih beroperasi dengan 8,463 mangsa.

"Bagi Kelantan, hanya tiga pusat pemindahan dibuka melibatkan 389 mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata usaha pemindahan mangsa banjir juga berjalan lancar berikutan persediaan dibuat sejak awal lagi dan JKM juga telah mengenal pasti 5,124 pusat pemindahan di seluruh negara yang boleh menampung 1.34 juta mangsa. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:25 PM | Show all posts
Rabu November 3, 2010
Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Perlis
KANGAR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh Perlis meningkat kepada 11,411 orang daripada 2,301 keluarga.

Angka itu meningkat hampir sekali ganda berbanding jumlah yang dicatatkan pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, mereka ditempatkan di kira-kira 50 pusat pemindahan.

Menurutnya, walaupun beberapa kawasan di utara Perlis telah mulai surut dan 1,162 mangsa telah dibenarkan pulang petang ini, namun jumlah keseluruhan yang masih berada di pusat-pusat pemindahan adalah sebanyak 11,411 orang.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati mangsa-mangsa banjir supaya mengutamakan kesihatan dan meminum air bersih.

Katanya, bencana itu membabitkan banyak mangsa dan mereka terdedah dengan ancaman penyakit jika tidak berhati-hati.

Mengenai rungutan penduduk bahawa bekalan elektrik dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa kawasan, Md Isa berkata, ia dilakukan demi keselamatan penduduk di kawasan banjir.

"Tiada pilih kasih. Rumah saya pun kena potong bekalan elektrik pada sebelah pagi," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:27 PM | Show all posts
Rabu November 3, 2010
BANJIR TERBURUK SEJAK TAHUN 2005 DI KEDAH, PERLIS
Kini lebih 15,000 orang telah dipindah di Kedah dan 4,500 orang di Perlis

ALOR SETAR: Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak tahun 2005.

Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya memberitahu agensi berita nasional, BERNAMA, sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.

Sementara itu beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.

Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14m). Di Padang Terap antara yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 15.50m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.97 (paras bahaya 33m).

Tinjauan Bernama di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air yang datang dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut: Daerah Kubang Pasu 1. Jalan Pauh - Changlun 2. Jalan Bukit Wang - Malau 3. Jalan Jitra - Kelubi 4. Jalan Jitra - Kodiang 5. Jalan Kampung Betung - Kampung Kanyau 6. Jalan Kampung Darat - Kampung Belihal 7. Jalan Jitra - Bukit Wang 8. Batu 4 Jalan Changlun - Kodiang 9. Km 28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra)10. Km10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun). 11. Jalan Ulu Pauh - Changlun 12. Jalan Tanah Merah - Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap: 1. Jalan Kuala Nerang - Padang Sanai 2. Simpang jelutung 3. Jalaan Semilang 4. Jalan Kampung Rambutan - Kuala Kajai 5. Jalan Kilang Gula Padang Terap - Kampung Pokka 6. Jalan Kampung Banggol - Padang Sanai 7. Jalan Kampung Padang Cenderai - Kampung Baru Ladang 8. Jalan Kampung Tanjung Kiri - Kampung Tanjung Kanan 9. Jalan Kampung Tualak 10. Jalan Kampung Kubu.

Sementara itu di Perlis lebih 4,500 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.

Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu.Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir hari ini.

Antara pusat pemindahan yang dilawati baginda berdua ialah Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.490305 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list