CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1760|Reply: 8

"Jangan Play Victim," Mustika Sayang Abang, 'Koyak' Sajat 'Reject' Bila Nak Bersemuka Di Tiktok Live

  [Copy link]
Post time 23-11-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Adik kepada Nur Sajat iaitu Mustika mendedahkan cubaan bersemuka menerusi siaran langsung di TikTok abangnya itu tidak berjaya apabila usahawan sensasi itu menolak berbuat demikian.


Mustika berkata, dia sedia berdepan dengan Sajat kerana masih ada rasa kasih terhadap abangnya itu dan mahu kontroversi di antara mereka terlerai.








"Ada netizen beritahu Sajat minta pengikutnya invite saya dalam video siaran langsungnya sebab dia tidak tahu caranya tapi bila saya yang invite, dia reject pula.


"Jujurnya saya memang koyak bila dia reject invite berkenaan, saya memang cepat koyak mungkin sebab saya sayangkan dia.


"Saya mahu bersemuka dan selesaikan semua masalah di antara kami," katanya kepada mStar.







Terdahulu, Mustika menerusi Instagram mendakwa Sajat seorang kaki kelentong sehingga sanggup menganiaya orang lagi demi menampung kehidupan mewahnya.


Malah katanya, Sajat sanggup menggunakan nama adik bongsu mereka bagi membuat pinjaman bank sehingga namanya kini disenarai hitamkan pihak bank.


Tidak hanya itu, Mustika turut mempersoalkan pekerjaan dilakukan abangnya itu sejak menjadi pelarian di Australia.




  



Mustika memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Sajat sekitar dua tahun lalu dan sejak itu mereka tidak pernah berkomunikasi ekoran timbul pelbagai salah faham di antara mereka.


Malah Mustika turut meminta Sajat agar berhenti berlagak play victim dan mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya dan keluarga.


"Tiada siapa pun menggangu kehidupannya di Australia, rasanya dia tengah bahagia di sana malah disayangi peminat sejak mengakui dirinya lelaki.


"Saya sendiri tak pernah berhubung dengannya, tapi jangan play victim," katanya.




  



Menjawab pertikaian dia menyusahkan ibu bapanya sehingga berpindah masuk ke rumah mereka, Mustika menyangkal perkara tersebut.


Sebaliknya kata Mustika, dia tinggal bersama mereka bagi menjaga bapanya yang sedang sakit selain menemani ibunya memandangkan adik-beradik yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.


"Sejak ayah sakit, saya tinggal dengan mak. Saya buat keputusan itu supaya dapat tolong mak dan teman dia di rumah.


"Bukan nak menyusahkan mak sebab dulu saya memang tinggal sendiri tapi bila ayah sakit saya ambil keputusan tinggal dengan mereka memandangkan saya kini seorang ibu tunggal. Sekurang-kurangnya kami boleh jaga sesama sendiri," jelasnya.




  



Sementara itu, Mustika menyangkal dia cuba menumpang populariti Sajat memandangkan sejak usahawan itu mengaku dirinya seorang lelaki dia disayangi peminat.


Sebaliknya katanya, dia lebih suka hidup secara sederhana tanpa sebarang tumpuan memandangkan dia sendiri mempunyai pelbagai perkara yang memerlukan perhatiannya.


"Muka saya sama dengan Sajat, itu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana kami adik-beradik. Tapi apabila orang kata saya tumpang populariti dia, memang pedih.


"Saya tak mahu populariti, saya ada hidup saya sendiri," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 11:49 AM | Show all posts
ngeekkk la sajat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
diamlah sajat, dh kira bagus ade adik beradik tgk kn mak bapak ko kt sni, ko aman aman cikcur kt ostolia, lg mau bunyik2 kacau adek beradek ke

hashtag tak tunggang agama tunggang jantina apo asal boleh tunggang sikit sikit celaru sikit sikit gila isim eh panjang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 12:38 PM | Show all posts
kesian adik beradik kesian mak ayah. yg sonok anak tu laa. aman2 je lari sane
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 12:50 PM | Show all posts
meolls rasa lma2 sajat ni bole jadi gila takpun bunuh diri akibat kemurungan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 01:06 PM | Show all posts
tattoo betul ke kat peha muhammad sajat tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia penuh tipu daya…
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm escort tgok sajat sexy2 gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 10:07 AM | Show all posts
derhaka la ko ni jat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.133854 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list