CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 6

Miliki 141 Tual Kayu Balak Bulat Dan 4,875 Keping Kayu Sedia, Pemilik Kilang Kayu Tanpa Lesen Ambil Hasil Hutan Secara Tak Sah

[Copy link]
Post time 22-11-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Besut: Tidak serik melakukan kesalahan sama, seorang pemilik kilang kayu didenda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki hasil hutan secara tidak sah dan membina suatu industri berasaskan kayu tanpa lesen.


Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Zulkifli Mohd Husin, 35, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 84 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan Seksyen 3 (1) Enakmen Industri Berasas Kayu (pindaan) 2011.


Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Zulkifli didakwa memiliki 141 tual kayu balak bulat dan 4,875 keping kayu sedia pelbagai spesis dan saiz tanpa membayar royalti, premium atau caj lain kepada pihak berkuasa negeri.




Foto: Harian Metro




Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang Sawmill, Kampung Batu 13, Tenang Hulu Besut, Terengganu pada 1 petang pada 16 Ogos lalu.


Tertuduh juga didakwa menempatkan, membina, mendirikan, menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu industri berasaskan kayu tanpa lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri.


Nilai rampasan hasil kayu berjumlah RM 195,722.45.


Tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dengan alasan mempunyai banyak tanggungjawab serta dalam proses membuat lesen pemilikan kilang.


Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM 30,000 atau jika gagal membayar denda penjara 30 hari.


Sementara bagi pertuduhan kedua, didenda RM 2,000 atau gagal membayar denda penjara 14 hari.


Tertuduh membayar denda pada jam kira-kira 1 tengah hari.


Mahkamah turut mengarahkan semua hasil kayu serta mesin yang disita diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.


Pada 25 Ogos 2020, Zulkifli pernah didenda RM 13,000 di mahkamah yang sama atas kesalahan memiliki hasil hutan secara tidak sah.


Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Noor Husnita Mohd Radzi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada kesalahan.sama.plak tu
Boleh rayu.lagi...
Patut sita je.kilang tu...
Geram plak aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:37 AM | Show all posts
melayu ek haram masuk melaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 11:57 AM | Show all posts
tutup terusla kilang dia. bukan 1st time buat keje ni esok2 buat lg jenuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2x buat mmg xde penyesalan ni. Sita la terus! Lembab betul. Habis semua hutan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari mana dia dapat kayu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2024 01:22 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.343993 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list