View: 504|Reply: 0
|
Azhar Sulaiman Gesa Zahid Berundur Lepas Silap Strategi Dan Percaturan
[Copy link]
|
|
Azhar Sulaiman menerusi hantaran di laman sosial menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta bertanggungjawab atas kekalahan yang berlaku.
IG Azhar
"Salam Datuk Seri Zahid Hamidi, saya ni sebagai ahli kepada UMNO memohon supaya Datuk Seri untuk bertanggungjawab kerana BN kecundang teruk di PRU yang ke-15 ini. Ianya juga adil untuk memohon supaya Datuk Seri turun dari presiden parti UMNO.
"Ini kerana strategi dan percaturan Datuk Seri telah tersilap sampaikan kita telah kecundang teruk terutama dari persepsi. Siapa dengan saya angkat tangan."
Sinar Harian melaporkan Zahid Hamidi berkata, BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keputusan PRU15 merupakan isyarat besar yang diberikan rakyat terhadap parti itu.
"Namun begitu BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan. Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini."
Sumber: OHBulan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|