View: 1196|Reply: 21
|
Tak Nak Merayu Dan Menagih Macam Pengemis- Rozita Che Wan Harap Kerjaan Baharu Bela Nasib Anak Seni
[Copy link]
|
|
Rozita Che Wan mengharapkan nasib penggiat industri seni terus terbela dan tidak dipinggirkan selepas kerajaan baharu terbentuk.
Jelas Rozita atau lebih popular dengan gelaran Che Ta, peluang dan ruang bekerja dengan kreatif harus dibuka lebih luas supaya industri seni dapat menjana ekonomi bukan sahaja untuk diri, tetapi juga negara.
Foto: IG
“Moga nasib anak-anak seni akan terbela, namun tidak bererti semua harus disuap. Peluang dan ruang harus diberikan kementerian berkaitan, termasuk membuka pintu ekonomi untuk kami menjana pendapatan.
“Industri kreatif harus diberi kebebasan dan peluang kerja sama rata. Kita tidak mahu terus dilihat merayu dan menagih seperti ‘pengemis’ di negara sendiri.
“Artis juga kena proaktif mencari peluang. Kita tidak mahu nasib dan rezeki hanya seperti telur di hujung tanduk,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Che Ta berkata, pucuk pimpinan yang bakal mengemudi kerajaan harus bersikap adil dan amanah untuk melunaskan setiap tawaran yang dijanjikan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu pemimpin yang berdedikasi, adil dan amanah. Tidak hanya melobi semata-mata meraih undi untuk kepentingan peribadi.
“Kita sudah hampir memasuki 2023, sama-sama kita membangun dan maju antara rakyat serta pemerintah. Tidak hanya sebelah pihak yang meraih faedah dan keuntungan,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search pula berkata, kestabilan kerajaan dalam semua aspek, khususnya menguruskan masalah ekonomi rakyat dan inflasi perlu menjadi agenda utama.
“Tampuk pimpinan baharu harus mementingkan kualiti kerja kerana kebergantungan rakyat untuk melihat masa hadapan yang lebih baik ada di bahu mereka.
“Kerajaan baharu juga diharapkan mampu menangani pelbagai permasalahan atau dilema yang melanda negara dengan bijak lagi saksama .
“Bekerjalah untuk kami, rakyat Malaysia yang meletakkan kepercayaan penuh terhadap kerajaan baharu yang dipilih,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
titiwangsa BN menang khennn |
|
|
|
|
|
|
|
Hg nk peluang camne lg che ta oiy .kurg kaye lg ke masing2..marhaen bi lg struggle nak idup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xleh eja elok2 ke? Mcm terencat da |
|
|
|
|
|
|
|
Nk bela hapernye...mcm x cukup mkn ko ni kan. Padahal level buntang nasi dh nk kluar dr pusat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni hidup mewah income dari mana? Memang byk business ke |
|
|
|
|
|
|
|
ko nak bela camane lagi. kemain artis tnjuk mewah sana sini cilake ko la |
|
|
|
|
|
|
|
Hamboihh. Duk upload kat IG segala baju beg branded idup mewah level big mamma pun ada ati mintak belaan??
Lemak kauuu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah kaya nk bela pebenda? Ajar la anak2 tu berdikari supaya boleh jg ko laki bini bila dah tua sok... Patut ko xyah risau sbb ko kan byk duit kepuk2..tiap2 tahun buat acara sanding kemahen meriah bagai, gi oberc tu takat celah gigi jah...yg si ecah tu pun kecik2 dah start carik duit...apo laie nk hrp dpd gomen? |
|
|
|
|
|
|
|
anak seni apanya makcik oooiiii. cukup2lah kera jaan bagi itu ini siap dana khas masa covid. macam2 dana finas dpt. retis beli baju mekap kasut segala pun boleh claim tax exemption.
cuba bongkar berapa ramai retis pelakon etc termasuk belakang tabir pelakon extra semua tu yg xbayar cukai??!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sila2 la mencarum kwsp (sekarang dah boleh mencarum rm100k setahun), beli insurans kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak bela nasib anak seni pulak?
dah sah2 anak seni la dah banyak deorang bantu...
geran finas etc...
apa ko harap ko dapat pencen ke dikkkkk...
lain kali kalau nak pencen keje je gomen... muka macam ko ni nek memang sesuai jadi nurse klinik kesihatan agittewwww berbanding jadi pelakon keras kejung je lontaran dialog sebabtu takde sape rela ambik untuk filem... untuk drama komedi dan bodoh2 je bakat kau boleh lepas... filem memang out... baik ambik sajat pondan tu je dari ko nek agittewww.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dibela mcm mana lg? Bagi korang free medical fee? Bagi korang elaun percutian? Elaun make up? Elaun rumah? Masa sihat ni beringat lah. Kami yg marhaen ni pun cakarvpasir cari duit. Korang yg fail manage duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriusla i meluat jnis yg taip pkataan utagha ringkas smpai konfius
Mcm ayaq jadi aiq
Ntah apa2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Nk bela nasib artis cemana lgi cheta…?? Cer habaq sat kt iols.. iols btul2 curious.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bela la sendiri... yg kerja biasa2 cam kitorg pun bela diri sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
Dahla seni kat malaysia takde hasil apa2... kot la mendonia mcm kpop ke squid game ke... mendidik masyarakat pun belum tentu lagi... korang yg artis ni tak payah poyo la... bts pun tak dapat army exemption walau mendonia |
|
|
|
|
|
|
| |
|