CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

Jana Elektrik Dengan Setiap Langkah

[Copy link]
Post time 21-11-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Hanya berjalan kaki atau berlari di atas jalan berturap. Itu kaedah unik untuk penghasilan tenaga elektrik yang diperkenalkan di sebuah bandar di United Kingdom.


Pihak perbandaran, Telford and Wrekin Council menyediakan kemudahan itu menerusi jalan sepanjang enam meter di bandar Telford di Shropshire.




SWNS




Elektrik yang dijana itu boleh membantu orang ramai mengecas telefon bimbit dan peranti lain, seperti yang dilaporkan oleh Metro UK.


Apa yang perlu dilakukan oleh pejalan kaki adalah hanya berjalan kaki atau berlari di atas jalan berturap berkenaan.


Ia akan menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menghidupkan gajet pengecasan di sebelah bangku yang dipasang di tepi laluan berkenaan.




Bharat Express




Jika pejalan kaki ingin mengetahui jumlah tenaga yang mereka jana, individu berkenaan boleh menyemak skrin berkuasa solar yang dipasang antara stesen kereta api Telford Central dan pusat bandar.




SWNS




Dilancarkan pada Oktober tahun ini, jalan berturap pintar itu hampir serupa dengan projek di bandar utama dunia seperti Dubai, Milan dan Hong Kong.


Laluan pejalan kaki itu terdiri daripada jubin getah dan keluli tahan karat dan tenaga elektrik dijana oleh penjana elektromagnet yang terdapat di dalamnya.


Keseluruhan sistem boleh menjana sehingga 2.1 watt tenaga elektrik dalam masa sejam.


Inisiatif itu kebanyakannya dialu-alukan oleh penduduk tempatan, bagaimanapun ada juga yang menganggapnya sebagai 'gimik mahal'.









Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 04:15 PM | Show all posts
wah...menarik...tp kalau buat kat malaysia habis vandalisme dan tenggelam dek banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058115 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list