View: 7080|Reply: 122
|
Muhyiddin Yassin Atau Anwar Ibrahim?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Salah seorang daripada dua nama besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Ia selepas gabungan parti yang dipimpin mereka, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai jumlah kerusi tertinggi untuk membentuk kerajaan baharu seandainya mendapat kerjasama beberapa parti lain.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berpendapat kedua-dua pemimpin itu mempunyai peluang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan pengaruh dan sokongan.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, berdasarkan jumlah kerusi terbanyak yang diperoleh PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Anwar mempunyai peluang yang lebih tinggi berbanding Muhyiddin yang juga Pengerusi PN.
 Foto: The Star
"Tapi perlu dilihat, kita pernah berada dalam pemerintahan PH selama 22 bulan, banyak perkara berlaku dan masalah yang timbul serta ketidakharmonian dihadapi.
"Walaupun Anwar calon Perdana Menteri popular tetapi calon daripada PN turut boleh dipertimbangkan menjawat jawatan utama itu memandangkan parti terbabit juga menang banyak kerusi di Parlimen.
"Sekiranya PN dapat membentuk kerajaan, Muhyiddin dilihat sebagai calon terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri semula berdasarkan kestabilan politik serta ekonomi yang dibawa ketika pemerintahannya sebelum ini," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memilih calon Perdana Menteri baharu yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Semalam, Istana Negara dalam kenyataan meminta gabungan parti politik mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 sebelum jam 2 petang ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata, dokumen dikemukakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.
Justeru, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti dan ketua gabungan parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi pembentukan kerajaan baharu.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Izani berkata, kejayaan Pas memperoleh jumlah kerusi yang paling banyak dalam gabungan PN turut tidak boleh dinafikan untuk parti itu meletakkan calon Perdana Menterinya.
"Walaupun pencapaiannya lebih besar daripada Bersatu dalam PRU-15 ini, tetapi setakat ini Pas belum menamakan sesiapa daripada parti itu untuk menjadi calon PM selain dilihat tiada calon berpengalaman dan bereputasi tinggi untuk memimpin negara," katanya.
Sementara itu, Pakar Geostrategik Prof Dr Azmi Hassan berkata, hanya dua gabungan utama, PH dan PN yang dilihat mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dan mempersembahkan nama calon Perdana Menteri mereka.
Menurutnya, perbezaan jumlah kerusi Parlimen yang rendah membuatkan kedua-dua parti itu mempunyai potensi membentuk kerajaan campuran dengan parti lain.
"Salah satu permutasi paling mudah adalah PH dan BN, namun kemungkinan ini tidak akan berlaku.
"Satu lagi permutasi adalah PN bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Umno Sabah, Warisan atau Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Bebas," katanya.
Menurutnya, hakikatnya tidak mengejutkan apabila tiada parti mendapat majoriti dalam PRU-15 tetapi yang mengejutkan apabila PN berjaya memenangi banyak kerusi Parlimen.
Lebih mengejutkan, katanya, Pas memenangi jumlah kerusi yang banyak.
Berikutan itu, Dr Azmi berkata, sekiranya PN membentuk kerajaan, sudah pasti kabinet akan dikuasai Ahli Parlimen daripada Pas kerana mereka mempunyai kerusi terbanyak. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Aku personally prefer bangnon. Muhyidin dh rasa,bg can kt dia la pulak jadi PM. What's the worst that could happen gituhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin plk rase nk tgok mcm mane anwar jadi pm
Agak2 jadi mcm spore ke
Klo jadi cm spore matawang kite naik setanding dollar spore korang xsuke jgk ke |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 21-11-2022 11:15 AM
Aku personally prefer bangnon. Muhyidin dh rasa,bg can kt dia la pulak jadi PM. What's the worst tha ...
Kann hahaha
Mane2 pn cm same je at this point haahahahah
Jgn wak jahid jeeee
Iols auto murung klo wak jahid |
|
|
|
|
|
|
|
empat2 xmau
termasuk jahid n hadi |
|
|
|
|
|
|
|
bg jela anwar rasa jd PM. sian plak aku tgk dok pm tepi je. tgk dia memerintah cmne.. mane tau dia yg control DAP nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ABAH dah pernah.
So nak try DSAI pulak jadi PM. Nak tengok best ke tak, bagus ke tak.
Tak cuba, tak tahu, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 21-11-2022 11:17 AM
Kann hahaha
Mane2 pn cm same je at this point haahahahah
Yer. Pokok pangkal sekoq2 sama ja. Hg pilih la the lesser of those evils. Kalo semua hgpa xbekenan,sinsing tgn masuk politik usaha la jadik PM  |
|
|
|
|
|
|
|
Taknak dah abahcow cukuplah sekali dia jd pm, dgn bodoh lembab jahatnya. Takde kemajuan kuat main politik. Dah tu aku tak blh lupa part dia baru jd pm terus luluskan 35juta ke utk renovated rmh pm padahal masa tu pandemik org takde duit nak makan ramai hilang keja bisnes lingkup ramai bunuh diri masa tu, shaithon tak dia blh lulus duit utk renovate rmh pm supaya dia selesa ikut citarasa dia phuiii syaithon sungguh takde empathy pd kesusahan rakyat. So no si lembab ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 21-11-2022 11:28 AM
Taknak dah abahcow cukuplah sekali dia jd pm, dgn bodoh lembab jahatnya. Takde kemajuan kuat main po ...
Kann
35 juta
Ape jadi rmh pm now
Hahaahha |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni mesti tak lahir lagi tahun 90an masa BangNon jadi menteri kewangan n timbalan perdana menteri pastu pemangku perdana menteri 2 bulan masa Tun M bercuti.
apa BangNon dah buat pada negara masa tu. Hint - nak buat hutang dengan IMF.
sampai Tun M kena immediately pecat dia n kena pulihkan ekonomi negara dengan bantuan MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara)
|
|
|
|
|
|
|
|
takde calon lain ke  |
|
|
|
|
|
|
|
anwat al juburi...
kita patut cuba dia. kalau tak bagus maka kita dah ada modal buang dia ke jurang dalam mariana... lagi pun...
GE15: PH to investigate Muhyiddin over RM500 billion contracts awarded, said Adly Zahari
baru beberapa bulan abah mentadbir dah ada keraguan... 500 billion. aku dah ragu-ragu dengan abachowyunfat
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu apa jadi, tp dah lulus semua renovated dah kut tp dia tak sempat merasa, pak mail yg merasa, pak mail tgh busy kemas kotak skrg lol Ingat tak bila dah pecah lobang psl abahcow lulus duit 35j utk renovated ni, dia tuduh sbb najib ambil perabot chandeliers bagai bawak keluar, najib pulak kata itu dia punya dia beli sendiri. Tak tahulah dorg ni mencuri brg dr rmh pm ke bila keluar, heran taKde staff check ke setiap kali pm pindah keluar
|
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 21-11-2022 11:15 AM
Aku personally prefer bangnon. Muhyidin dh rasa,bg can kt dia la pulak jadi PM. What's the worst tha ...
Saam la ngan aku.. Dah hadap pm yidin so tak mau la |
|
|
|
|
|
|
|
abahcow tiada kaliber jadi pertama menteri
tp tak sabar2 nak jadi PM lg yeah
achievement ko takat baca doa masa covid je lah…puiii
tu pun ummah meleis ni impressed…mcm laki korg kt rumah takpernah lead doa…benda basic camni pun nak impressed
|
|
|
|
|
|
|
|
bullshit apa "muyidin calon terbaik....berdasarkan kestabilan politik serta ekonomi yg dibawa....." harga barang naik berganda sampai ada kempen bendera putih |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 21-11-2022 11:32 AM
ko ni mesti tak lahir lagi tahun 90an masa BangNon jadi menteri kewangan n timbalan perdana menter ...
Sori. Dead wrong right there. Try again. |
|
|
|
|
|
|
| |
|