CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3100|Reply: 39

[Politik] Muhyiddin: MP BN sokong PN tak langgar aktalompat parti

  [Copy link]
Post time 21-11-2022 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin: MP BN sokong PN tak langgar aktalompat parti

https://www.malaysiakini.com/news/645080

Yasmin Ramlan
Diterbitkan:  Nov 21, 2022 12:32 AM⋅
Dikemaskini: 12:33 AM



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata tidak salah sekiranya ahli parlimen BN menyatakan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.

Dia mengulas kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menafikan berunding dengan PN atau GPS dan mengingatkan ahli parlimen BN terikat dengan akujanji yang memberinya mandat untuk memilih gabungan dalam membentuk kerajaan.

“Bagi saya itu kenyataan dia (Zahid) tapi kalau ikut perlembagaan, kata ahli-ahli parlimen, tak kata dari parti mana ke, secara individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka boleh.

“Tapi kalau ada antara lain ke ahli-ahli parlimen yang buat keputusan untuk sokong saya, itu hak ahli parlimen, ini bersandarkan perlembagan negara,” kata Muhyiddin selepas mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi Bersatu di Glenmarie, Selangor malam tadi.



“Kalau Perlembagaan Persekutuan kata seseorang yang nak jadi perdana menteri mestilah mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen, kalau ikut istilahnya, 112 kerusi,” jelas pengerusi PN itu lagi.

Ini selepas, Pengerusi GPS Abang Johari Openg menyuarakan kesediaan gabungan itu membentuk kerajaan bersama PN dan BN.

Muhyiddin memperjelas kenyataannya awal hari ini bahawa penyokongnya ialah GPS Sarawak, GRS Sabah dan "beberapa orang ahli Dewan Rakyat lain."

Sementara itu, Muhyiddin pada malam ini berkata ahli parlimen yang menyokongnya tidak akan akan terjejas status mereka menurut peruntukan undang-undang Anti Lompat Parti.



“Ia tak menghalang mana-mana parti. Bukan semua datang dari PN. GPS? GRS? Bebas? dan memang tak langgar peruntukan akta tu, sebab mereka tak kelaur dari parti, tapi mereka secara individu, ahli parlimen datang dari mana.

“Hatta (calon) bebas, nyatakan sokongan pada saya. Jadi tak menyalahi dari segi akta anti lompat parti,” katanya.

Di bawah undang-undang antilompat, ahli parlimen tidak kehilangan kerusi mereka jika mereka tidak berundur atau meletak jawatan daripada parti mereka.

Secara teorinya, ini membolehkan ahli parlimen menentang arahan parti dalam menyokong calon perdana menteri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah.aku pon dgr td kat awani.boleh plak sokong tanpa keluar parti.kalo kena pecat dr parti masih boleh terus jd mp.....tahik betul akta yg mereka gubal
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 21-11-2022 01:29 AM
Pulak dah.aku pon dgr td kat awani.boleh plak sokong tanpa keluar parti.kalo kena pecat dr parti mas ...

Akta syok sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 02:10 AM | Show all posts
sedap nya lah wak yidin bercakap.. MP bebas tu mmg tkde parti.. MP BN ni mmg UMNO la tali hayat depa
5 tahun tu sekejap je.. kot kena pecat, kot nk masuk bersatu, kna mula dari bawah laa
tkde grass root.. next PRU bye bye..
orang tamak mmg selalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 02:43 AM | Show all posts
LMAO Yidin merepek ape ni, ni sekarang tergantung sebab takleh lompat parti ler. Kalau tak dari semalam bangnon berjaya pujuk dapat numbers dah pagi tadi terus terakam dalam sejarah akhirnya naik jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ahli parlimen tak perlu jd ahli mana2 parti politik pon. blh je jd mp tanpa parti asal menang undi.

apabila ko dh rasmi menang undi. maka ko dah jd mp. mp tu berhak sokong sape2 je ahli parlimen utk jadi pm.
soal parti tolak tepi. klu kena pecat dr parti pon position mp tak terjejas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2022 05:25 AM | Show all posts




Ni kata2 Muhyidin 6 hari lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bacalah statement istana  bangang oii.istana  x sebut ahli parlimen ..dia nak parti gabungan.. utk bentuk kerajaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kemelut ni cepat lah berakhir
YDPA janganlah tersilap buat keputusan dan dapat menangani masalah ni dengan secepat nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:04 AM | Show all posts
so akta lompat parti tak berguna lah
walaupun xlompat parti masih boleh melompat sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:07 AM | Show all posts
game anwar vs atok masih onz
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
BN 30 + PH 82 = ngam2 112 kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 21-11-2022 02:43 AM
LMAO Yidin merepek ape ni, ni sekarang tergantung sebab takleh lompat parti ler. Kalau tak dari sema ...

Kan
Rasa janggal sgt tau biasanya akan ada lompatan beramai toink toink!!

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka Malaysia jadi Taliban, dapat pulak Perdana Menteri bodoh nak mampos abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra Bapa Perutusan Khas (BaPuK) paksa orang lockdown 2 tahun, paksa cucuk vaksin, paksa darurat Parlimen nak elak undi tidak percaya, sampai ada yang bunuh diri pelbagai naikkan bendera putih pelbagai, akak setuju jah dengan Siti Kassim, Malaysian really dig their own grave, padan muka dapat Perdana Menteri yang sangat bodoh dan dapat pengundi yang terpaling bodoh dalam dunia!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:16 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 20-11-2022 11:07 PM
game anwar vs atok masih onz

yeahhh

bestnye drama politik negara
2-3 hari takde napsu tengok mubi
kita tengok sapa yang kenaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila la pergi ke PN jahid oi.. moga UMNO dpt disucikan di situ. Atau dikuburkan terus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 21-11-2022 08:08 AM
BN 30 + PH 82 = ngam2 112 kerusi

Sill x kuat tu....buatnya sorang mp mati camne?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku faham sokongan boleh dalam satu blok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:18 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 20-11-2022 11:13 PM
Padan muka Malaysia jadi Taliban, dapat pulak Perdana Menteri bodoh nak mampos abahcow ijau cirit ya ...

perkataan orang yang sakit hati kerana tak dapat perintah malaysia by proxy
ingat. bukan semua melayu boleh dibeli macam bangnon yach.

mesti marah sebab pas & PN tak boleh beli kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 21-11-2022 02:10 AM
sedap nya lah wak yidin bercakap.. MP bebas tu mmg tkde parti.. MP BN ni mmg UMNO la tali hayat depa ...

Betul. Tgk mak lampir & jemin. Inzal 2 thn jer hasil jadi katak. Bila buat parti baru atau masuk parti lain, terus melingkup sbb grass root tak ikut.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.108105 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list