CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 2

[Tempatan] 30 terperangkap akibat kepala air dan banjir

[Copy link]
Post time 18-11-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode
30 terperangkap akibat kepala air dan banjir



MANGSA yang terperangkap dalam kejadian kepala air dan banjir di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, Kota Belud. FOTO Ihsan JPBM.

Kota Belud: Seramai 30 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian banjir dan ke[ala air di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kawasan berkenaan dilaporkan dinaiki air secara tiba-tiba akibat hujan lebat.

Difahamkan, semua mangsa membabitkan 20 pengunjung dan 10 kakitangan pusat pelancongan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.46 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

"Semua mangsa terperangkap berpindah ke tempat yang selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

"Pasukan Bomba bertindak memastikan semua mangsa berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 petang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pala-air-dan-banjir

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya. smoga mangsa2 tabah hadapi dugaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.730813 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list