View: 706|Reply: 4
|
Banjir Dengkil: Harta Benda Dalam Rumah Rosak Habis, Hanya Sempat Selamatkan 10 Kucing
[Copy link]
|
|
Dengkil: "Saya hanya sempat menyelamatkan kucing peliharaan manakala semua perkakas elektrik di dalam rumah rosak ditenggelami banjir," ujar mangsa banjir, Norhaslinda Mohamad Hasbor, 48, yang menetap di Kampung Cemperai.
Norhaslinda yang juga pekerja sebuah syarikat elektronik di Bangi berkata, banjir berlaku amat pantas dan menenggelamkan kediamannya sedalam lebih 1 meter jam 7 pagi tadi.
 Foto: Harian Metro
"Menjadi rutin kehidupan saya bangun pada jam 5.30 pagi bagi memeriksa kucing yang diletakkan di dalam sangkar di belakang rumah sebelum pergi bekerja.
"Namun belum sempat keluar bekerja, kawasan hadapan rumah mula ditenggelami banjir. Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan 10 ekor kucing yang berada di dalam sangkar.
"Saya segera memasukkan semua kucing itu ke dalam bakul sebelum dipindahkan ke lokasi lebih tinggi. Suami, Hairi Abdullah, 52, dan anak tunggal, Muhammad Dhia Hajid, 19, turut membantu menyelamatkan kucing kami," katanya tadi.
Dia yang meminati kucing sejak 20 tahun lalu yakin semua kucingnya akan mati lemas jika tindakan pantas menyelamatkan haiwan itu tidak dilakukan.
"Banjir yang berlaku hari ini (semalam) tidak jauh bezanya dengan banjir yang berlaku Disember tahun lalu,
" enduduk di sini mengalami kerugian berikutan barangan elektrik dan perabot baharu diganti susulan banjir besar tahun lalu turut mengalami kemusnahan sekali lagi," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 rumah banjir tolong jgn sesekali beli perabot baru. sbb kawasan rumah pasti di landa lagi . sbb tu kaka faham kenapa rumah makcik kaka buruk bawah ada bekas lumpur atas cantik.
sayang duit. orang nak mengata biarkan janji harta benda xmusnah dan simpanan ada.
masa banjir balak kt pahang tu nangis kaka tengok rumah dia sampai siling runtuh. gila sangat banjir yang datang. memang total lost. sampai naik bumbung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sapa terbeli rumah di lautan banjir.. semoga dpt jual dan blah saja lah dari perumahan tu.. mcm bahaya je duduk kawasan gitu.. tido pun tak lena gamak nya |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah den ucapkan...
Err gambar diats..mcm superman plak...kain batik yg dipakai..ala2 mantle... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|