|
Persatuan Filem Malaysia (FDAM) akan mengambil tindakan terhadap syarikat produksi dan stesen TV yang tidak membenarkan penggiat seni keluar mengundi pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sebagai rakyat Malaysia, penggiat seni turut bertanggungjawab untuk keluar mengundi tanpa sebarang alasan, kekangan atau isu melibatkan kerja pada tarikh berkenaan.
"Kami mengambil serius tentang hari mengundi ini kerana penggiat seni juga merupakan penentu masa depan negara kita.
"Saya mohon kepada semua syarikat produksi dan stesen TV agar menyusun semula jadual dan tarikh penggambaran yang jatuh pada hari mengundi," katanya.
Mat london, Foto: google
Sementara itu, Ahmad berkata, FDAM turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatinan kerna memberi pelepasan khas pada 18 November untuk membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
"Semestinya ada penggiat seni yang akan pulang mengundi di kampung. Ini akan membantu mereka merancang sebelum memulakan perjalanan," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru kepada semua penggiat seni untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi Sabtu ini.
"enggiat seni juga penentu masa depan negara Malaysia, jadi mari bersama-sama kita tunaikan kewajipan kepada negara tercinta ini," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|