CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5410|Reply: 36

Mamat Exists Dah Bergelar Datuk

[Copy link]
Post time 17-11-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Exists, Mamat, 44, kini bergelar datuk selepas menimang cucu perempuan yang dilahirkan empat hari lalu.


Bayi itu adalah anak kepada anak kedua Mamat iaitu Mohd Eiki Daniel, 22.


Foto: IG




"Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya," katanya kepada Harian Metro.


Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001. Selain Eiki, mereka juga dikurniakan dua lagi anak iaitu Aleeya Mysara dan Dylea Mysara.




  



Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata, dia belum berkesempatan melawat cucu dan menantunya buat masa ini.


"Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung di Zepp KL malam esok.


"Jadi, belum ada masa nak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tapi saya sempat jumpa menantu.




  



"Tengoklah pada situasi dulu sama ada saya akan pergi melawat selepas selesai konsert atau akan datang semula selepas itu kerana nak balik mengundi," katanya.


Mamat dan anggota Exists iaitu Along (gitar) Ajai (keyboard), Musa (bass) dan Ujang (dram) serta dua penyanyi undangan iaitu Pasha dan Eiz ditemui di majlis Lepak-Lepak Bersama Exists di Medan Selera Taman Kosas, Ampang anjuran Johan Aziz yang juga pengasas kumpulan itu, malam tadi.


Mamat yang bercerai dengan Shila pada 2009 mengakui hubungan dengan bekas isteri dan anak-anak serta mentuanya kekal baik sehingga sekarang.




  



"Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya pun selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua.


"Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.


"Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baru. Kehadirannya juga hampir dengan Konsert Exists Resolusi dan Pilihan Raya Umum. Mungkin ini satu tuah untuk saya teruskan karier dalam nyanyian dan bidang lain," katanya.




  



Bercerita mengenai Konsert Resolusi Exists, Mamat berkata, dia sudah bersedia untuk beraksi.


"Saya harap peminat hadir beramai-ramai menyaksikan untuk berhibur. Esoknya jangan lupa pergi mengundi. Itu yang penting," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 12:07 PM | Show all posts
asal tgk mamat je, ternngiang2 lagu..

percayaaa lah..janji ku ini...

tak silap baru2 ni buka tv muzik2 kot ada mamat nyayi lagu janji pada mu versi akustik,
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra replied at 17-11-2022 11:57 AM
Tu gambar atas tu gambar anak2, dengan bekas isteri sekali ke? Kusmangat anak2nya

i pulak ingatkan mak ayah & siblings dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 12:25 PM | Show all posts
laa dia 44 je baru
ingat dah menghampiri 50s
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dapat Datuk anugerah sultan...rupenye datuk bercucu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 17-11-2022 12:11 PM
i pulak ingatkan mak ayah & siblings dia

I pon ingat benda yg sama. Ingatkan yg kat depan tu mak tiri dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2022 12:33 PM | Show all posts
salimrock: asal tgk mamat je, ternngiang2 lagu..percayaaa lah..janji ku ini...tak silap baru2 ni buka tv muzik2 kot ada mamat nyayi lagu janji pada mu versi akus ...

masa kecik kecik tu nampak innocent. bila start mendadih tu rasa nak gi lempang

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 12:52 PM | Show all posts
kmbg replied at 17-11-2022 04:27 AM
Ingatkan dapat Datuk anugerah sultan...rupenye datuk bercucu

Haha gigih cepat2 buka thread ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 01:10 PM | Show all posts
44 dah ada cucu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:14 PM | Show all posts
title "Datuk" dah terlalu common i ingat mamat exist dapat gelaran datuk yang tu.
btw tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:18 PM | Show all posts
gigihnya berhashtag semua post. gile glamer kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:23 PM | Show all posts
tunjuk contoh yg baik pd cucu tu ya Atok....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia sdr dan ank kawin awal, maka muda2 dah jd datuk
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:32 PM | Show all posts
takde la woww sgt sbb si mamat ni pon dh nampak tua
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
confuse pulak… dia kata nikah dgn ex wifey 2001… tapi anak kedua dia ni dah umur 22 tahun. pastu anak no 1 umur brp pulak. dua2 anak ni lahir sblm dia nikah ke? apa pun tahniah la dah jadi atuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh dato sbb bercucu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 02:19 PM | Show all posts
miracle_forever replied at 17-11-2022 01:39 PM
confuse pulak… dia kata nikah dgn ex wifey 2001… tapi anak kedua dia ni dah umur 22 tahun. pastu a ...

Tahniah lah mamat... dia ni kan dulu kena tangkap dan kena charge rogoln sebab awek dia bawah umur kan?
Bini dia yang ni ke?? so most likely mmg anak versi yang ni lah kot..
Lepas dia cerai dia dah tak kahwin lagi kan? ke aku ada miss..

Aku kesian dia ni.. dan aku respek kat kawan2 Exists sebab tak putus asa nak support mamat ni..
nampak sekarang mcm clean sikit.. takde ahh cengkung, mata tak larat nak angkat bagai..
LAgipun dia nyanyi still maintain.. sedap suara dia...  
Hopefully lepas ni dia tak terkucil lagi la.. tapi probability nak terkucil jadik taik dadah sangat tinggi.. lagi la dia ni takda anak bini dengan dia..
At least mcm ameng ke arwah Saleem dulu, ada bini yang jaga dia.. kalau sorang2 mcm mamat ni, boring2 dia cari kawan2 stim dia gak..

AKu doakan dia ni sihat dan Allah bagi kekuatan melawan nafsu nak isap dadah dia..

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kmbg: Ingatkan dapat Datuk anugerah  ...

Dah terbayang boksit...plot twist pulakkk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 03:24 PM | Show all posts
Genetik arnab ke ni... ehehehehe sejenis matang untuk berpasangan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051395 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list