CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 1

Indah Ruhaila Tak Menyorok Pun- Fokus Jaga Suami, Dah 5 Tahun Kahwin Belum Ada Anak

[Copy link]
Post time 17-11-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Indah Ruhaila bukanlah nama baharu dalam industri muzik tanah air. Sebut saja namanya, ramai akan terkenangkan lagu-lagu balada dendangannya.


Namun, bintangnya mungkin tidak bergemerlapan seperti yang lain.


Berkesempatan bertemu dengan penyanyi bersuara hebat ini, Indah berkongsi perjalanan kehidupannya.


Foto: IG




"Saya tak menyorok di mana-mana. Saya ada, cumanya bila dah berkahwin, tumpuan saya lebih kepada rumah tangga. Bila nak kerja, kena fikirkan juga tanggungjawab sebagai isteri. Setakat ini, tawaran persembahan masih ada dan masih dijemput. Cumanya, tumpuan saya terbahagi dua," katanya.


Akur dengan kenyataan bahawa setiap hari akan muncul penyanyi baharu dengan pelbagai variasi bakat dan kemampuan, Indah menyerahkan semuanya kepada rezeki.


"Saya sentiasa percaya, Allah akan berikan rezeki pada waktu yang tepat," katanya.




  



Menurutnya, dia selesa dengan kehidupannya kini yang tidak terlalu mengejar populariti.


"Bukanlah populariti itu tak penting, cuma ia bukanlah satu perkara yang saya terlalu kejarkan. Saya selesa dengan kehidupan saya sekarang.


"Benda yang paling saya takuti adalah gosip. Namun, kalau ada gosip menimpa, saya tak lari. Cuma, saya perlu elak sebab saya ada suami dan juga keluarga kedua-dua belah pihak yang perlu saya jaga," katanya.


Menurutnya, dia tidak berkongsi banyak perkara di media sosial memandangkan tidak semuanya sesuai untuk dipertontonkan kepada khalayak.




  



"Saya lebih selesa untuk menjaga privasi dalam kehidupan saya. Saya jenis yang tidak mempertontonkan semua perkara di media sosial kerana ada benda yang tak perlu kita kongsikan. Lebih-lebih lagi sekarang zaman fitnah," katanya.


Menjengah ke usia lima tahun perkahwinannya, Indah juga seperti pasangan lain, menanti akan kehadiran cahaya mata yang nampaknya belum dikurniakan lagi.




  



"Bercakap mengenai anak, siapa saja yang berkahwin tak mahukan anak? Saya dan suami memang merancang untuk tunggu dulu pada tahun pertama kerana kami masih dalam proses mengenali satu sama lain. Tapi, selepas itu, semuanya berjalan seperti biasa.


"Cumanya, belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata. Ada orang yang berkahwin sekejap, terus dapat anak.


"Saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan dan sebagainya. Tak ada masalah pun, cuma belum ada rezeki. Jadi, saya mohon doakan kami," katanya.


Terbaharu, Indah bakal muncul mempersembahkan lagu Demi Kamu hasil ciptaan Johan John dan lirik oleh Khaleel yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SAMM37).




  



"Saya sendiri tak menjangkakan lagu Demi Kamu ini akan dapat melangkah ke pusingan separuh akhir. Ini juga rezeki daripada Allah. Tentunya, apabila sudah diberi peluang dan diundi oleh peminat, saya nak berikan yang terbaik," katanya.


Ditanya mengenai persaingan dalam senarai calon yang bertanding, Indah menganggap persaingan kali ini begitu sengit.


"Kalau dilihat daripada senarai 30 lagu yang bertanding, semuanya adalah lagu-lagu yang kuat dan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi hebat.




  



"Demi Kamu pula bagi saya adalah antara lagu nyanyian saya yang tidak terlalu tinggi, tetapi saya sukakan melodinya. Harapnya saya dapat menjiwai lagu ini dengan baik ketika membuat persembahan di SAMM37 nanti," katanya.


SAMM37 bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini dan ditayangkan di TV3 bermula jam 3 petang. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 11:51 AM | Show all posts
tak laku ckp jelah, xyah justify ank la, laki lah... sendu n x laku n x ada talent
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052710 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list