CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4362|Reply: 78

[Tempatan] Peminat K-Pop Terjerit-Jerit Teruja Jumpa ‘Idol’, “Korang Kalau Korea Beria Sambut, Nabi Muhammad Takde Pun” - Akak Rela

[Copy link]
Post time 15-11-2022 10:41 PM | Show all posts |Read mode



Seorang anggota RELA wanita menjadi bualan ramai kerana sikap tegasnya semasa bertugas ketika acara 2022 Mokkoji Korea di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) baru-baru ini.

Menerusi satu video tular, anggota Rela itu dilihat berkawal dengan wajah serius serta memberikan renungan mata yang tajam di hadapan pengunjung.



  


Sepertimana yang dilaporkan oleh Mstar, dia juga dilihat mendepakan tangannya bagi menghalang peminat yang berpusu-pusu untuk mendekati selebriti jemputan dari Korea Selatan.

Kata-katanya ketika menempelak pengunjung yang disifatkan beria menyambut atis luar negara telah mencuri tumpuan ramai.

"Korang kalau Korea beria sambut, Nabi Muhammad tak ada pun," ujarnya.

Seorang pengguna Twitter mendakwa akak Rela berkenaan turut menolak beberapa individu dengan agresif dan sikapnya itu dianggap memalukan Malaysia.

Rata-rata peminat K-Pop meluahkan rasa kesal dengan sikap anggota berkenaan yang disifatkan telah "potong mood" mereka untuk bergembira berjumpa dengan idola.


"Makcik jangan la macam tu makcik. Mana makcik tahu orang lain punya amalan"

"Weh kenapa makcik tu halang korang nak buat high five? Orang datang nak jumpa idol, bukan makcik tu"

"Mak siapa ni? Tolong jangan bagi dia kerja ni lagi. Suruh jadi Rela kenduri kahwin je"








Namun segelintir netizen yang lain pula menyokong tindakan tegas dan apa yang dikatakan oleh akak Rela tersebut.

meshazhrs_ : "betul lah apa yg acik tu cakap . minat tu biarlah berpada pada"

ummulshahirah : "I love u la akak rela"

anashahdan : "Apapun saya swtuju kak. Tak ramai org berani mcm akak. Saya nampak akk pun geleng2 kepala, saya pun risau tgk anak2 mcm ni, moga dijauhkan dr anak2 saya extreme sampai mcm ni minat. Nauzubillah. Tabik kak!"

alianatsyaa__ : "Respect sama kak rela love u kak #rela"

ndtashaaaaaaa_ : "Walaupun saya peminat kdrama saya setuju kak. mmg nampak yg mana lebih beria. minat berpada pada ye anak anak."

mohd_rafi15 : "Bgus kak, org nk kecam akak terpulang, akak dh jalankn tggugjwb akak, terbaik"

ameerr_akmalllllllllllll : "Pompuan minat korea ni mesti jenis gatal"

dianamokhtar : "Ayt yg sama aku bg kt ank aku.. kalau lagu kpop dok hafal... selawat utk nabi pun susah nk buat pdhal bukan x hafal... aku dlu pun ada mnt jugak kpop dgn kdrama tp xde lah mcm bdk2 skrg.. eee rsa nk bg penampo pun ada"

izzahamni : "Yg korang nak panas ni dh kenapa? Betol apa yg akk tu cakap dia nasihat je yg korang nak kecam dia rasa diri tu bgs sgt ke?"


Apa pula pandangan anda? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 10:46 PM | Show all posts
apa yang eloknya korea ???

begitu bapokkk

kekuatan menutuh tu tak sampai ke kemuncak persis kita dah siap sedia 3 bulan sebelum mendaki tetapi setelah 5 minit mendaki terus patah pinggang , entah kemana perginya pancutan pun xtahu habis batang paip  tercabut yang betina pula menadah bagaikan mengharap hujan turun menderu di gurun sahara

bodonya ke langit

org bodo saja yg gilakan korea korea  kpop ni semua

xde bawa manfaat

sungguh xberguna

terlalu pelaq untuk di bincangkan !!

nyahh ko pergilah mampus
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nt klu jd apa2 salahkan rela plk tak bertugas. Gitulah nusio
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong acik rela..generasi sekarang terlalu agong2 kan artis kpop sampai ramai artis local pun try hard nak jadi oppa.hujung2 makan belacan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman2 dulu masa bollywood tgh meletop2 di malaysia smpi ada iifa awards kt malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat konsert buat macam ni.memang mendapat la ko acik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju part x perlu melebih2 puja retis, x kisah la local ke, international ke, kpop ke. Yg aku x setuju kenapa nak kaitkan nabi muhammad. Dah tentu2 la nabi muhammad telah wafat, nak sambut macam mana. Kalau disambut, mungkin golongan nabi2 palsu yg mengaku nabi muhammad
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:26 AM | Show all posts
lemah budak2 skrg ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabendalah nak samakan ngan nabi.. Rela mostly memang over
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:44 AM | Show all posts
Takyahlah ngkaw nak bawak2 nama nabi weh! Over benor. Mak pon idok ler berdenyut dengan korea tapi usah ngkaw bawak tokoh2 agama masuk dalam benda2 lagho neh. Yihhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:46 AM | Show all posts
aku tak tau ape yang best nye korea ni. sampai tua muda jate tino semua nak jadi korea, minat korea. kalau tengok drama korea yg sweet2 tu kemain berangan syok mcm hape. tak sedau tu muke berminyak badan bau kepam, baju seluar ulang2 pakai tak berbasuh berminggu2, kuku cagu acah2 berangan nanti ade jejaka persis gitu mengurat dia.. yihhhhh koserrrr aneet
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:02 AM | Show all posts

Acik reply sikit kat twitt yang kata nabi muhammad saw dah takda, memang nabi muhammad dah tak ada, kat 'sana' nanti, kita yang akan cari dia. Artis kuria ni wallahualam dia kat mana masa tu, mungkin sama2 lari pi cari nabi muhammad. Kot pun tak puas hati dgn makcik tu, jaga akidah naa ,ngucap2.

Kita ni muslim hidupkan sunnah nabi

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”

(Hadis Riwayat Imam Malik)

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:04 AM | Show all posts
azimodin replied at 16-11-2022 08:26 AM
Aku setuju part x perlu melebih2 puja retis, x kisah la local ke, international ke, kpop ke. Yg aku  ...

aku tak komen lain, and tak sided jaga ka kipassusahmati kuria ka, cuma komen tang nak sambut apa tu

kita ada maulidur rasul tetiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi kejadian kena penyek mcm kat itaewon baru ni ke klau xde geng2 rela ni....biarkan deme lepas ni kena penyek ramai2 kurang sikit golongan pentaksub ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitula TERpaling religiousssssssss acik rela
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 15-11-2022 10:46 PM
apa yang eloknya korea ???

begitu bapokkk

Komen ni mcm lucah jahh.. ke otak iols yg pikiaq lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 09:17 AM | Show all posts
mungkin akak rela tu dah rengsa tgk peminat yg terover gila. Tambah pakej gundu hitam tergolek oppa oppa memanggil artis.

nampak mcm murah. sori.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:30 AM | Show all posts
azimodin replied at 16-11-2022 08:26 AM
Aku setuju part x perlu melebih2 puja retis, x kisah la local ke, international ke, kpop ke. Yg aku  ...

Yes.  True!  

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Geletis lagi dik!..... Loosen up a bit hidup perlu sedikit gila pada tempat nya... Biar acik acik terpaling drives nut untuk unnecessary things...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:54 AM | Show all posts
kakak rela nampak x rela bertugas hari tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.170668 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list