CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1314|Reply: 6

‘Insya-Allah Soon' - Tiz Zaqyah Minta Doakan Soal Jodoh

[Copy link]
Post time 15-11-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Tiz Zaqyah, 34, mengakui dia masih belum mempunyai teman lelaki.


Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata, dia tidak tahu memberi jawapan bila disoal tentang jodoh.




IG Tiz




“Itulah, ikut rezeki, kita tak tahu plan benda ni kan.


“Bila orang tanya bila, saya tak tahu. Kadang-kadang kita plan contohnya esok tiba-tiba benda itu tak jadi.


“Jadi saya selalu berkata ‘Insya-Allah soon’. Doakan saya. Amiin,” ujar Tiz dalam temu bual bersama Melodi TV3.


Mengulas mengenai karier nyanyiannya, Tiz memberitahu dia akan muncul dengan single terbaharu yang akan bergandingan dengan penyanyi Indonesia tidak lama lagi.


“Saya penggemar lagu-lagu lama, kita budak-budak 90’s, zaman 90-an tu banyak muzik-muzik yang beri inspirasi kepada siapa kita hari ini.


“Bila tengok penyanyi tu di atas pentas, saya kagum dengan karisma yang dibawa seseorang penyanyi di atas pentas. Ramai idola yang saya nak sangat duet bersama.




IG Tiz




“Saya pun ada satu lagu iaitu dengan seorang penyanyi terkenal Indonesia. Lagu tu dah siap, cuma videonya belum siap. Memang kita dah plan lama, apa yang orang tawarkan, Alhamdulillah saya terima,” ujarnya gembira.


Tahun lalu, nama Tiz Zaqyah menjadi bualan warganet apabila menyanyikan lagu Bukan Aku Tak Cinta nyanyian asal oleh kumpulan Iklim yang membuatkan ramai teruja dengan kebolehan aktres ini bernyanyi sehingga digelar Agnes Monica Malaysia.









Sumber: Xtra








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 05:31 PM | Show all posts
dia ni lawa tapi tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
muka dia bukan my type. tengah bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka suka Tiz dari drama Nur Kasih lagi…moga yg baik2 ajer utk Tiz, amin…
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Omai replied at 15-11-2022 05:31 PM
dia ni lawa tapi tu lah..

tapi liar kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dia.tapi tak tau kehidupan dia macam mana. Harap bertemu jodoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kecik molek, dan putih.. Tu yg menjadi daya tarikan.. Muka biasa je, tapi bukan kategori hodoh.. She's cute
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 1.142997 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list