CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 12

“Saya Takut Suara Berubah”, Sakit Kembali Menyerang, Irfan Haris Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Tonsil

[Copy link]
Post time 15-11-2022 01:25 AM | Show all posts |Read mode






Sudah setahun lebih menderita sakit tonsil, penyanyi Irfan Haris memberitahu dia kini sedang mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan buang tonsil.


Menurut Irfan atau Irfan Haris Othman, 21, doktor mencadangkannya melakukan pembedahan secepat mungkin kerana penyakit itu kembali menganggu aktiviti hariannya, namun kekangan masa pembedahan itu mungkin akan dilakukan pada Disember atau Januari depan.


“Doktor suruh saya buat pembedahan, tapi kalau saya buang saya tak boleh nak menyanyi untuk beberapa bulan sebab saya kena berehat.


“Jadi saya cakap kat doktor saya kena tangguhkan dulu sebab nak kosongkan jadual dulu baru saya boleh buat pembedahan.


“Mungkin pada bulan Disember atau Januari tahun depan saya kena buat pembedahan tu juga,” katanya kepada mStar.


Terdahulu, adik kepada penyanyi Amira Othman ini memberitahu, dia mula mengesan masalah tonsil pada Mei tahun 2020.






  



Selepas setahun, Irfan dimasukkan ke sebuah hospital di Johor Bahru, Johor bagi merawat keadaan yang dialaminya itu pada Mei lalu.


Namun kini tonsil kembali menyerang dan memerlukan pembedahan.


Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh ya Irfan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit tonsil teruk ke? Kalau sekadar perit tu minum air asam jawa je dikkkk. Hakak pun pernah kena. Tapi kalau pegi hosp ke klinik swasta semuanya jena bedah, jari terpleot pun kena bedah agittuhhhhh. Takleh tido pun dia suruh bedah.

Tapi kalau pergi kerajaan terbalik. Semua dia suruh balik duk umah. Kalau tangan dah kudung pun dia suruh balik tido makan panadol. Agittewwwww.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:51 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-11-2022 01:37 AM
Sakit tonsil teruk ke? Kalau sekadar perit tu minum air asam jawa je dikkkk. Hakak pun pernah kena.  ...



baru nak tidur belek2 forum jap.. tergelak pulak baca komen ni. dah susah nak tidur
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:52 AM | Show all posts
lagu apa dia ni nyanyi. penyanyi bbnu ramai sangat. kalau jumpa depan2 pun iols tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by codenamedream at 15-11-2022 01:57 AM

Kenapa pulak lepas buang tonsil x boleh nyanyi beberapa bulan.
Bukan dia buang vocal cord pun.
Drama much
Alasan jer sebab sore kau mmg x sedap. Live pun tempo ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 15-11-2022 01:37 AM
Sakit tonsil teruk ke? Kalau sekadar perit tu minum air asam jawa je dikkkk. Hakak pun pernah kena.  ...

Betul jugak kan. Apa sampai nak kena buang. Tak pasal2 Tak dapat nyanyi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2022 07:39 AM | Show all posts
kuat minum ais nih..
jaga la pemakanan...hakak pun tonsil aman2 jek xde spi bedah...
jaga mkn minum jek
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:43 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 14-11-2022 05:37 PM
Sakit tonsil teruk ke? Kalau sekadar perit tu minum air asam jawa je dikkkk. Hakak pun pernah kena.  ...

weols tengok kat tiktok, setakat nak buang batu tonsil, jolok je tekak, maka keluarlah batu tonsil @ sisa makanan bertahun-tahun yang bersembunyi dalam tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon ada tonsilitis dah selamat buang masa form 4. Tak kuasa nak ngadap drama demam, sakit tekak, asik tak sihat nak pulak kalau ada org demam kemahen laju aku pulak yang sakit, yihhhhh. Tetapi khen statement dak irpan ni ngalahkan org kena kanker pulek.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara engkau memang tak sedap pun dik.. terimalah kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
chilly replied at 15-11-2022 09:03 AM
Aku pon ada tonsilitis dah selamat buang masa form 4. Tak kuasa nak ngadap drama demam, sakit tekak, ...

Macam mana nak tahu kena tonsil.apa simptom dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 02:13 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-11-2022 01:37 AM
Sakit tonsil teruk ke? Kalau sekadar perit tu minum air asam jawa je dikkkk. Hakak pun pernah kena.  ...

kaka dud buat iols teringat masa iols beranak tahun lepas. masa tu hospital K hospital jamaica cuma terima tiga pesakit je 1 hari sebab covid tengah ganas masa tu.
ada sorang pempuan india tu dia dah datang hospital nak beranak sampai 3 kali berulang kat hospital yang sama sebab da sakit nak beranak. masuk kali ke 3 baru diterima sebab dia cakap betul2 tak tahan sakit tu pun dah menjerit2.sebelum tu nurse suruh dia balik masa bukaan 2cm gitu..pastu 5cm gitu.kesian dia.dah la datang naik motor. apa jadi la kat minachi tu.harap baby sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
aemon replied at 15-11-2022 02:13 PM
kaka dud buat iols teringat masa iols beranak tahun lepas. masa tu hospital K hospital jamaica cum ...

Ye kaka gitu lah hosp kerajaan, semua dia suruh balik. Kalau swasta pulak terbalik, selesema pun dia suruh warded siap ambil darah semua. Mujur dia tak suruh bedah hidung je. Kalau tidak lagi meletop hidung kaka dari hidung si lana nodin

Semoga baby auntie tu sihat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055571 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list