View: 363|Reply: 0
|
Anwar Bercakap Mengocak Air, Maruah Pasukan Keselamatan Lebih Besar Dari RM300
[Copy link]
|
|
Datuk Aminuddin Md Hanafiah menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak adil apabila mendakwa ada anggota keselamatan sanggup menerima rasuah bernilai RM300 untuk mengundi Barisan Nasional (BN).
Menurut calon BN Parlimen Tambun itu, harga dan maruah pasukan keselamatan lebih besar daripada nilai RM300.
FB
“Tiba-tiba pengundi tentera dibayar. Angota kita ini ada jati diri sendiri. Sebagai angota keselamatan mereka ini lebih kasihkan watan atas sifat mereka sebagai anggota keselamatan.
“Jangan kita mudah buat tuduhan hanya semata-mata mencari laba politik. Tidak adil kepada mereka.
“Mereka juga sayangkan negara dan tahu berfikir. Takkan hanya dengan RM300 mereka akan jual hak mereka,” kata Aminuddin.
Tambah beliau, pesaingnya yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Tambun tidak seharusnya memperlekehkan anggota keselamatan.
Jika Presiden PKR itu mempunyai bukti beliau perlu tampil menujukkan bukti tersebut dan tidak hanya bercakap hingga menimbulkan spekulasi.
“Pasal saya tahu Pakatan Harapan ini daripada dahulu kerja dia tembak.
“Dia tidak ada bukti. Hanya bercakap mengocak air atau situasi supaya anggota lain yang tak dapat mula bertanya. Bagi kat mana, siapa yang dapat berpilih-pilih ke. Saya yakin tidak berlaku,” kata Aminuddin.
Aminuddin mengingatkan PH pernah membuat pelbagai pembohongan pada pilihan raya umum sebelum termasuk mendakwa 40,000 rakyat Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi.
Serentak itu beliau mengingatkan pasukan keselamatan yang akan mengundi awal esok tidak termakan dakwaan yang dilemparkan oleh Anwar.
FB
“Saya harap anggota keselamatan kita gunakanlah undi yang ada dengan bijak. Pilihlah parti yang dapat jaga kesejahteraan rakyat secara keseluruhan,” katanya yang ditemui di bilik gerakan BN di sini hari ini.
Sumber: MalaysiaGazette
|
|
|
|
|
|
|
| |
|