View: 617|Reply: 4
|
Rakyat Lega! LRT Dah Kembali Beroperasi Seperti Biasa
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang sebelum ini ditutup ekoran gangguan, kini beroperasi seperti sedia kala hari ini.
Suasana di sekitar kembali sedia kala dengan penumpang keluar masuk dari tren dan platform.
Malah, rata-rata pengguna ditemui berasa lega kerana gangguan tersebut menyebabkan mereka perlu menggunakan inisiatif lain termasuk teksi atau perkhidmatan p-hailing.
Foto: Kosmo
Suasana di sekitar stesen terjejas seperti KL Sentral dan Masjid Jamek sibuk dengan kehadiran orang ramai yang hendak ke tempat kerja terutama di waktu kemuncak.
Menerusi kenyataan Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) semalam, pihaknya membuka keseluruhan jajaran perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya bermula pukul 6 pagi, hari ini.
Pembukaan itu adalah dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Terdahulu, sebanyak 16 stesen Stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut zul huzaimy dah sembelih dah kaper
|
|
|
|
|
|
|
|
sukorrr malaysia masih aman |
|
|
|
|
|
|
| |
|