CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

Apa Press-Press? - Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Lelaki Mabuk Ketika Liputan PRU15

[Copy link]
Post time 12-11-2022 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Wartawan MalaysiaGazette yang diserang ketika membuat liputan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) malam tadi, terpaksa bersembunyi di bawah meja dalam sebuah khemah berhampiran bilik gerakan sebuah parti bagi menyelamatkan diri.


Menurut wartawan berkenaan, beliau terpaksa berlari lebih 300 meter dari lokasi kejadian ke khemah itu kerana dikejar seorang lelaki India yang memegang botol arak.


Katanya, beliau hanya berani keluar daripada tempat persembunyian itu apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian.




YouTube MalaysiaGazette




Mengimbas kembali detik-detik cemas itu, beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam semasa beliau bersama jurukamera dan jurufoto membuat liputan kempen Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rasah, Ng Kian Nam di sebuah restoran di Seremban Jaya.


Katanya, situasi menjadi haru-biru apabila Kian Nam dihalau dan dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh empat lelaki India yang sedang berada di restoran berkenaan ketika beliau mengedarkan risalah kempen.


Kru MalaysiaGazette yang berada di situ cuba merakam video detik-detik provokasi berkenaan turut ditolak dengan kasar dan dimaki.


“You siapa? Apa rakam-rakam?” soalnya kepada wartawan dengan nada yang tinggi.


Wartawan MalaysiaGazette kemudiannya menjelaskan beliau bersama kru sedang bertugas sambil menunjukkan pas media sebagai bukti.


“Apa Press-Press?” jawabnya sambil berkeras mahu kru MalaysiaGazette meninggalkan premis itu.







Kesemua jentera kempen BN dan kru MalaysiaGazette berkumpul di sebelah kedai berkenaan sementara menunggu bantuan polis.


Bagaimanapun, menurut wartawan berkenaan, seorang lelaki India yang ternampak beliau sedang mengintai keadaan di dalam restoran itu bertindak meluru keluar dan mengejarnya.


Berdasarkan video yang sempat dirakam, lelaki itu membaling objek seperti botol arak ke arah beliau.




Calon Barisan Nasional Rasah, Ng Kian Nam mengedarkan risalah kempen pelanggan di sebuah restoran sebelum dihalau dan dimaki oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di Seremban Jaya, Negeri Sembilan. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 12 NOVEMBER 2022.




Wartawan berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Seremban kira-kira 9 malam semalam.


Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, dua lelaki yang disyaki mengugut dan melakukan kekasaran terhadap wartawan MalaysiaGazette telah ditahan di Taman Seremban Selatan, kira-kira 11.50 malam tadi.




Sumber: MalaysiaGazette








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.257937 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list