CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Selangor] Istana Bukit Kayangan 'lulus' pemeriksaan bomba

[Copy link]
Post time 12-11-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode

ISTANA Bukit Kayangan memperolehi Sijil Perakuan Bomba dalam aspek keselamatan kebakaran.

Shah Alam: Istana Bukit Kayangan, Seksyen 12 di sini, menjadi istana pertama di negara ini memperolehi Sijil Perakuan Bomba dalam aspek keselamatan kebakaran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi Pengarahnya, Norazam Khamis menyanjung tinggi usaha kerajaan Selangor dan hasrat pihak Istana dalam mengambil langkah meningkatkan keselamatan kebakaran di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Ia sekaligus menjadikan Istana Bukit Kayangan sebagai istana negeri yang pertama di Malaysia berjaya memperolehi Sijil Perakuan Bomba.


Sijil pengiktirafan Istana Bukit Kayangan disampaikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada majlis penyerahan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya, tadi.

Sementara itu, pada majlis berkenaan JBPM juga menganugerahkan beberapa pangkat sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang menunjukkan prestasi cemerlang serta jasa bakti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di Selangor.

Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) diberikan kepada Mohamad Munir (Setiausaha Sulit Sultan Selangor) dan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Manakala Pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) diberikan kepada Setiausaha Sulit kepada Pengerusi Yayasan Sultan Abdul Aziz Shah, Baba Jace @ Fong Jia Jin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-pemeriksaan-bomba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067483 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list