CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Perlis] Potong pagar sempadan untuk seludup 50 kg ganja

[Copy link]
Post time 12-11-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Padang Besar: Kewujudan dua guni berwarna putih yang dilonggokkan di atas tanah di laluan keselamatan berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, di sini semalam menimbulkan curiga terhadap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kawasan itu.

Apabila diselidiki, guni berkenaan mengandungi 50 ketulan mampat disyaki dadah ganja bernilai RM125,000 yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian disedari ketika anggota PGA dari Batalion 3 Briged Utara menjalankan rondaan di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu kira-kira jam 5.30 pagi.


"Kita menemui 50 ketulan mampat dibaluti plastik lutsinar dan kertas putih yang disyaki dadah jenis ganja seberat 50 kilogram (kg)

"Pemerhatian kira-kira dua jam di sekitar tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergerakan untuk menuntut barangan dalam guni itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya bekalan ganja itu cuba diseludup ke negara ini oleh anggota sindiket dengan memotong pagar sempadan Malaysia-Thailand di kawasan itu.

"Kita melihat pagar sempadan yang terletak hanya satu kilometer dari lokasi penemuan ganja itu sudah dipotong dan ia adalah lokasi 'hotspot' penyeludupan dadah ke negara ini.

"Kita percaya anggota sindiket ini kemudian memikulnya sebelum mencampakkan di kawasan berkenaan selepas ternampak anggota PGA sedang meronda.

"Anggota sindiket ini juga dipercayai keluar semula ke Thailand melalui pagar yang dipotong itu sebelum sempat meletakkan bekalan ganja itu ke kenderaan transit yang kita percaya akan datang menuntut bekalan ganja itu," katanya.

Beliau berkata, harga pasaran bagi satu ketulan mampat ganja itu dianggarkan sekitar RM2,500.

"Bekalan ganja yang dirampas ini mampu digunakan oleh 100,000 penagih dadah di negara ini dan kita percaya ia adalah untuk pasaran tempatan," katanya.

Mohd Shokri berkata, rampasan ganja berkenaan adalah kejayaan terbesar IPD Padang Besar membabitkan dadah jenis ganja.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan dadah disyaki ganja tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa jenis dan berat dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya.


SHOKRI (tengah) menunjukkan ketulan mampat dadah jenis ganja yang berjaya dirampas. FOTO Aizat Sharif.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 50-kg-ganja-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.243637 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list