View: 1748|Reply: 17
|
Tidak Lagi Mewakili Istana Selepas Puteri Norway Bertunang Dengan Pawang
[Copy link]
|
|
Puteri Martha Louise, anak perempuan Raja Norway, Raja Harald, pada Selasa, memberitahu tidak lagi mewakili istana diraja Norway untuk tugas rasmi, susulan terlalu banyak persoalan berkaitan diri dan tunangnya.
Portal abcnews melaporkan, puteri berusia 51 tahun dan berada di kedudukan keempat sebagai pewaris takhta Norway, bertunang pada bulan Jun dengan Durek Verrett, seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menggambarkan dirinya sebagai pawang di laman web.
 The New York Times
Sekurang-kurangnya satu yayasan yang Martha Louise berkhidmat sebagai penaung kemudiannya menamatkan hubungannya dengan puteri.
"Saya memutuskan bahawa pada masa ini saya tidak akan lagi menjalankan tugas rasmi untuk keluarga diraja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana, sambil menambah bahawa keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan ibu bapanya.
Ia untuk menjaga keharmonian keluarga diraja.
Puteri itu akan mengekalkan gelarannya, tetapi pihak istana berkata, beliau sudah memaklumkan kepada organisasi tempatnya menjadi penaung, bahawa sudah melepaskan tugas rasmi diraja.
Adik lelakinya, Putera Mahkota Haakon, 49, adalah pewaris takhta.
"Saya minta maaf kerana puteri tidak akan lagi mewakili istana diraja," kata Harald ketika sidang media mengenai isu itu.
Raja berusia 82 tahun itu berkata bahawa: "kami bersetuju untuk tidak bersetuju."
"Kami melihat proses ini dari semua pihak.
"Ini adalah keputusan sebulat suara," kata Ratu Sonja.
Harald berkata, Verret "mungkin menyangka dia boleh melakukan apa sahaja tanpa menjejaskan kami."
"Beliau juga mesti mengambil kira pendirian kami," kata Sonja.
Kenyataan istana berkata, Martha Louise dan Verret akan menjelaskan perbezaan antara aktiviti mereka sendiri dan keluarga diraja, malah tidak akan menggunakan gelaran puteri atau merujuk kepada kerabat diraja dalam media sosial atau aktiviti komersial.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah lama ke kesah cinte dorang ni?
@kakimuDibibirku tolong tempek carta kepanjangan tu jap |
|
|
|
|
|
|
|
Once you go black you never turn back  |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn segera iol scroll blik ke ats utk tngok muka heol hahahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 12-11-2022 05:55 AM
Dgn segera iol scroll blik ke ats utk tngok muka heol hahahaha.
Hahaha sama la kita
Kelakar dgn mata ke ats |
|
|
|
|
|
|
|
Pawang tu mandrem puteri la tuuu sampai sanggup hilang takhta |
|
|
|
|
|
|
|
umur raja 82
pewaris umur 49
puteri tu umur 51
i was like what the hell this people
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusia memang tak pernah puas kan |
|
|
|
|
|
|
|
Penangan pawang (awang) hitam |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena mandrem ke |
|
|
|
|
|
|
|
caj sejam si durrek ni $1500...itu pun online jer...if f2f mau triple
|
|
|
|
|
|
|
|
Raja tak setuju sebab mamat tu pawang or mamat tu kulit hitam? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin ngan tok moh, nt belajar la ngan laki dia, lepas tu dia boleh jadi mak esah  |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tok pawang bole santet sume org istana |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca nama-nama tu teringat pulak series Viking. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 12-11-2022 06:13 AM
Hahaha sama la kita
Kelakar dgn mata ke ats
Agaknya bodyguard ada hti kat Putri tpi Putri nak mat pawang hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|