CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 1

"Saya Masih Boleh Berlari" - Maximus Ongkili Tenang Dilabel 'Orang Sakit',

[Copy link]
Post time 11-11-2022 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Calon Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tetap tenang walaupun pihak lawan melemparkan serangan peribadi terhadapnya, termasuk menggelar beliau sebagai 'orang sakit'.


Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata, serangan itu tidak langsung menghalangnya untuk berkempen dalam tempoh berbaki lapan hari lagi.




Maximus Ongkili ketika berkempen di PDM Melangkap, Tandek, Kota Marudu.
Foto Ihsan Parti Bersatu Sabah (PBS).





"Saya mungkin berusia 69 tahun tetapi saya masih boleh berlari jika saya diserang anjing," katanya ketika mendekati pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melangkap,Tandek di sini hari ini.


Maximus juga memberi jaminan kepada penyokongnya bahawa beliau sihat dan masih mampu menjadi wakil rakyat selepas mendapatkan nasihat pakar perubatan.


"Sebelum saya membuat keputusan (untuk bertanding), saya telah membuat pemeriksaan kesihatan, pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) dan berbincang dengan pakar.


"Syukur pada Tuhan, mereka memberitahu bahawa saya cukup sihat untuk berkempen (bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15). Jadi saya berada di sini untuk berkhidmat," katanya yang menghidap angin ahmar pada Julai 2020.


Maximus mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhadapan persaingan enam penjuru di Kota Marudu, iaitu calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM); Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda); Parti Warisan Sabah (Warisan); Pejuang dan calon bebas.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2022 10:38 PM | Show all posts
babi hutan !!

sebelum menang PRU  maish boleh berlari

lepas menang sombong anak babi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.096858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list