CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2343|Reply: 24

[Tempatan] Tiada orang marah-marah saya di Kuala Selangor – Tengku Zafrul

  [Copy link]
Post time 10-11-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-11-2022 11:16 PM

KUALA SELANGOR – Kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke kawasan di sini bukan sahaja ketika musim pilihan raya bahkan sejak enam bulan lepas dan masih mendapat sambutan baik daripada masyarakat luar bandar.

Tengku Zafrul mengakui setakat enam hari berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kehadirannya tidak pernah dihalang mahupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.

“Setakat ini, sambutannya agak bagus, tidak ada yang marah-marah, penduduk Kuala Selangor semuanya begitu ramah, mesra dan baik-baik orangnya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kuala Selangor yang setakat ini boleh menerima bila saya berjumpa mereka dalam program-program yang dijemput setakat ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Ditanya jika beliau memenangi dan terpilih sebagai ahli Parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul bagaimanapun komited untuk menyelesaikan 50 isu asas yang masih berbangkit ketika ini.

“Kalau saya dipilih sebagai wakil rakyat untuk kerusi P096 Kuala Selangor, fokus saya adalah untuk kebajikan rakyat.

“Saya telah menyenaraikan 50 isu yang akan dibuat secepat mungkin berdasarkan sesi turun padang ke lapangan bersama penduduk Kuala Selangor,” katanya.

Beliau tidak menafikan masalah kesesakan antara keutamaannya untuk diselesaikan termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.

“Isu kesesakan ini memang (wujud) dan ia menunjukkan Kuala Selangor ini pembangunan khususnya pelancongan ada potensi kerana ramai yang datang ke sini untuk tujuan pelancongan.

“Saya pergi ke Pantai Remis baru-baru ini pun penuh, Sabtu malam Ahad di Dataran Melawati pun penuh dan di sini juga ramai orang yang berhenti untuk pergi ke Perak.

“Salah satu fokus untuk jangka masa sederhana dan panjang ialah menaiktaraf infrastruktur sedia ada di sini, terutamanya internet, banyak kawasan yang tiada internet di Kuala Selangor, malah ada kes tiada signal (isyarat) telefon,” katanya.

Katanya lagi, isu harian antara manifesto utama Menteri Kewangan itu yang perlu diperjuangkan tanpa perlu menawarkan sesuatu perkara yang tidak realistik.

“Ada banyak isu berbangkit di Kuala Selangor, kebanyakan adalah isu harian, isu jalan yang berlubang, isu lampu trafik yang tidak berfungsi, semua isu itu boleh diperbaiki.

“Bagi Puncak Alam pula, masyarakat di sana memerlukan Klinik Kesihatan memandangkan ramai penduduk di situ.

“Golongan muda pula bangkitkan isu kemudahan awam, padang yang mungkin ditambah baik jadi padang bola dan sebagainya. Isu harian yang saya percaya boleh diselesaikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2022 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulang emas...turun padang..
Jambatan baru: kerajaan pusat
Flyover baru: kerajaan pusat

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kehadirannya tidak pernah dihalang mahupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.

Gila ko siapa aje la nak halang calon tgh berkempen masa2 minggu kempen ni
Cakap biar logik
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala biasa la,td aku p pasar mlm kat kwsn rumah aku ni pun nampak calon2 yg bertanding .x de sape marah pun .elok je masing2 bersalam,ade yg dpt gift lg.. 3 calon parti td elok je kat pasar mlm tu..org skrg pun dah pandai.. tunggu je ms mengundi..ko bg gift org ambik je..undi tu rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Konfiden nya dia.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke yg kena tengking gi kempen....konpiden tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2022 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Suasana Kuala selangor memang best semoga berjaya Zafrul
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pak engku, org mmg tk marah tp org undi ke?
tok jamal tu pun gentar kt sg besar.. cabutan hadiah dh tabur banyak, tp pasti ke dpt pulangan nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 11-11-2022 12:18 AM
Dulang emas...turun padang..
Jambatan baru: kerajaan pusat
Flyover baru: kerajaan pusat

How do you translate figures projection moving forward utk kemaslahatan rakyat? Ada ko terangkheun pada penduduk penduduk kawasan ko dlm bahasa yg dapat mereka fahami?

Setakat nak handle isu padang, jambatan...ko nak terus bodohkheun rakyat supaya hidup hanya pikir dan tumpukheun isu isu picisan seperti ini?

Come see me....aku will grill you upside down...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 08:26 AM | Show all posts
dia bajet leh menang ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 11-11-2022 08:26 AM
dia bajet leh menang ke

Kalau ada bajet boleh aje menang
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 08:31 AM | Show all posts
motip la org nk marah2. Org sekarang mcm bosan dgn politician. Semua pun x boleh harap
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 08:33 AM | Show all posts
semoga berjaya TZ di Kuala Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 09:25 AM | Show all posts
i rasa tengku azrul boleh menang kat kuala selangor. ramai kat sana yg pro bn.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr cita Anuar kena halau masa kempen kt Tambun. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mencarut dlm hati bang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2022 11:26 AM | Show all posts
aku siap dapat call tanya undi dato joe ke?
aku iye kan aje semua yg bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 12:02 PM | Show all posts
aku tak tahu la kalo penduduk kawasan kuala selangor ni tak pilih tengku zafrul ni, dia tu dah la ada kapabiliti utk selesaikan masalah rakyat, ada sumber kewangan, yang penduduk dekat situ masih lagi nak cari wakil rakyat yg melukut di tepi gantang nak buat apa la, sah sah la kalo tengku zafrul ni menang dia akan jaga kawasan dia betul2 supaya dia terus dipilih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 12:15 PM | Show all posts
Tapi ada orang marah2 sampai hempas2 file di bank... opsss
zip mulut
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 12:16 PM | Show all posts
Tak marah tak semestinya orang akan undi...

anti vaks pun jika ketemu KJ akan rilek2 saja
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.232897 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list