View: 2342|Reply: 24
|
[Tempatan]
Tiada orang marah-marah saya di Kuala Selangor – Tengku Zafrul
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 10-11-2022 11:16 PM
KUALA SELANGOR – Kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke kawasan di sini bukan sahaja ketika musim pilihan raya bahkan sejak enam bulan lepas dan masih mendapat sambutan baik daripada masyarakat luar bandar.
Tengku Zafrul mengakui setakat enam hari berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kehadirannya tidak pernah dihalang mahupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
“Setakat ini, sambutannya agak bagus, tidak ada yang marah-marah, penduduk Kuala Selangor semuanya begitu ramah, mesra dan baik-baik orangnya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kuala Selangor yang setakat ini boleh menerima bila saya berjumpa mereka dalam program-program yang dijemput setakat ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.
Ditanya jika beliau memenangi dan terpilih sebagai ahli Parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul bagaimanapun komited untuk menyelesaikan 50 isu asas yang masih berbangkit ketika ini.
“Kalau saya dipilih sebagai wakil rakyat untuk kerusi P096 Kuala Selangor, fokus saya adalah untuk kebajikan rakyat.
“Saya telah menyenaraikan 50 isu yang akan dibuat secepat mungkin berdasarkan sesi turun padang ke lapangan bersama penduduk Kuala Selangor,” katanya.
Beliau tidak menafikan masalah kesesakan antara keutamaannya untuk diselesaikan termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.
“Isu kesesakan ini memang (wujud) dan ia menunjukkan Kuala Selangor ini pembangunan khususnya pelancongan ada potensi kerana ramai yang datang ke sini untuk tujuan pelancongan.
“Saya pergi ke Pantai Remis baru-baru ini pun penuh, Sabtu malam Ahad di Dataran Melawati pun penuh dan di sini juga ramai orang yang berhenti untuk pergi ke Perak.
“Salah satu fokus untuk jangka masa sederhana dan panjang ialah menaiktaraf infrastruktur sedia ada di sini, terutamanya internet, banyak kawasan yang tiada internet di Kuala Selangor, malah ada kes tiada signal (isyarat) telefon,” katanya.
Katanya lagi, isu harian antara manifesto utama Menteri Kewangan itu yang perlu diperjuangkan tanpa perlu menawarkan sesuatu perkara yang tidak realistik.
“Ada banyak isu berbangkit di Kuala Selangor, kebanyakan adalah isu harian, isu jalan yang berlubang, isu lampu trafik yang tidak berfungsi, semua isu itu boleh diperbaiki.
“Bagi Puncak Alam pula, masyarakat di sana memerlukan Klinik Kesihatan memandangkan ramai penduduk di situ.
“Golongan muda pula bangkitkan isu kemudahan awam, padang yang mungkin ditambah baik jadi padang bola dan sebagainya. Isu harian yang saya percaya boleh diselesaikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulang emas...turun padang..
Jambatan baru: kerajaan pusat
Flyover baru: kerajaan pusat
|
|
|
|
|
|
|
|
kehadirannya tidak pernah dihalang mahupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
Gila ko siapa aje la nak halang calon tgh berkempen masa2 minggu kempen ni
Cakap biar logik |
|
|
|
|
|
|
|
Ala biasa la,td aku p pasar mlm kat kwsn rumah aku ni pun nampak calon2 yg bertanding .x de sape marah pun .elok je masing2 bersalam,ade yg dpt gift lg.. 3 calon parti td elok je kat pasar mlm tu..org skrg pun dah pandai.. tunggu je ms mengundi..ko bg gift org ambik je..undi tu rahsia |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yg kena tengking gi kempen....konpiden tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana Kuala selangor memang best semoga berjaya Zafrul |
|
|
|
|
|
|
|
pak engku, org mmg tk marah tp org undi ke?
tok jamal tu pun gentar kt sg besar.. cabutan hadiah dh tabur banyak, tp pasti ke dpt pulangan nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunan replied at 11-11-2022 12:18 AM
Dulang emas...turun padang..
Jambatan baru: kerajaan pusat
Flyover baru: kerajaan pusat
How do you translate figures projection moving forward utk kemaslahatan rakyat? Ada ko terangkheun pada penduduk penduduk kawasan ko dlm bahasa yg dapat mereka fahami?
Setakat nak handle isu padang, jambatan...ko nak terus bodohkheun rakyat supaya hidup hanya pikir dan tumpukheun isu isu picisan seperti ini?
Come see me....aku will grill you upside down... |
|
|
|
|
|
|
|
sangbara2020 replied at 11-11-2022 08:26 AM
dia bajet leh menang ke
Kalau ada bajet boleh aje menang |
|
|
|
|
|
|
|
motip la org nk marah2. Org sekarang mcm bosan dgn politician. Semua pun x boleh harap |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berjaya TZ di Kuala Selangor |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa tengku azrul boleh menang kat kuala selangor. ramai kat sana yg pro bn. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr cita Anuar kena halau masa kempen kt Tambun. Betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku siap dapat call tanya undi dato joe ke?
aku iye kan aje semua yg bertanya |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahu la kalo penduduk kawasan kuala selangor ni tak pilih tengku zafrul ni, dia tu dah la ada kapabiliti utk selesaikan masalah rakyat, ada sumber kewangan, yang penduduk dekat situ masih lagi nak cari wakil rakyat yg melukut di tepi gantang nak buat apa la, sah sah la kalo tengku zafrul ni menang dia akan jaga kawasan dia betul2 supaya dia terus dipilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada orang marah2 sampai hempas2 file di bank... opsss
zip mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Tak marah tak semestinya orang akan undi...
anti vaks pun jika ketemu KJ akan rilek2 saja |
|
|
|
|
|
|
| |
|