CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

NGO Buat Laporan, Nafi Ganggu Bahan Kempen Fuziah Salleh

[Copy link]
Post time 9-11-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) menafikan terlibat dalam mengganggu bahan kempen calon Pakatan Harapan (PH) di Kuantan, yang didakwa ditampal dengan logo NGO itu.


Pengerusinya Tan But Teet berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 10.47 pagi tadi dan berharap tindakan sewajarnya dilakukan bagi mengesan pihak terlibat.




Fuziah Salleh berkata tindakan menampal logo SMSL di gegantung beliau di beberapa jalan utama sekitar bandar Kuantan, adalah perbuatan terdesak segelintir pihak. - Facebook Fuziah Salleh







Beliau berkata dakwaan itu boleh menjejaskan integriti dan nama baik SMSL, yang merupakan NGO yang lantang bersuara menentang operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu semasa dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan itu dan siasatan sedang dilakukan.


Calon PH bagi Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata tindakan menampal logo SMSL di gegantung beliau di beberapa jalan utama sekitar bandar Kuantan, adalah perbuatan terdesak segelintir pihak.


"Ini adalah kesalahan pilihan raya. Kita sepatutnya tidak boleh mengusik bahan kempen lawan. Saya harap pihak terlibat bersikap budiman dan kita boleh berdebat secara ilmiah menerangkan fakta atau misi untuk pengundi Kuantan, bukan melalui perbuatan seperti ini," katanya.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang Chan Chun Kuang yang juga calon PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu berkata sebuah papan iklan kempen beliau dan lebih 15 gegantung calon PH bagi Parlimen Indera Mahkota Zuraidi Ismail di sekitar Bukit Sekilau di sini, turut ditampal pelekat sama.




Sumber: BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042657 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list