View: 839|Reply: 4
|
'Keputusan Di Tangan Pelakon, Tolak Kalau Tak Mampu Buat' - Hafizul Kamal
[Copy link]
|
|
Berikutan isu pelakon mendakwa dipaksa melakukan sendiri babak ngeri, Hafizul Kamal menasihatkan semua pelakon baru agar tidak sewenang-wenangnya bersetuju sekiranya diminta melakukan babak ngeri dalam sesebuah produksi.
Pelakon yang pernah membintangi filem Paskal berkata, tindakan itu adalah untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti kecederaan berlaku.
IG Hafizul
“Ada baik dan buruknya, namun keputusan itu berbalik kepada pelakon itu sendiri. Mereka boleh pilih untuk menolak kalau babak yang dilakonkan itu membahayakan diri.
“Pastikan juga segala perkara berkaitan aspek keselamatan dititikberatkan. Paling penting, perlindungan insurans. Jangan nanti kalau perkara buruk berlaku, semua pihak lepas tangan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas isu pelakon dipaksa pengarah atau penerbit melakukan aksi bahaya ketika di set penggambaran, Hafizul berkata, pihak produksi perlu lebih peka, terutama dalam menyediakan perlindungan insurans untuk semua kru yang terbabit.
IG Hafizul
“Saya harap perkara ini diberi perhatian. Pelakon juga ada kala berdepan risiko keselamatan di tempat kerja.
“Kalau syarikat produksi tidak sediakan (insurans), keselamatan pekerja filem atau drama seperti diperjudikan,” jelasnya.
Sumber: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran aku dulu ni.. rumah dia dpn umah aku. Biasa bertembung dlm lif… tp aku buat biasa je. Senyum2 je.. dia pun ok je. Tak sombong pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam iras Hairul Azreen pun ada mamat ni
Dalam Paskal dia jadi apa? Macam tak boleh recall |
|
|
|
|
|
|
|
kawan sepaskal kekrul.. hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sipi2 sangat tu...
Patut tak noticeable
|
|
|
|
|
|
|
| |
|