View: 1729|Reply: 14
|
Catriona Ross Diangkat Jadi Ikon Influencer Kelantan, Mohon Pelakon Baharu Jangan Bangga Dengan 'Followers'
[Copy link]
|
|
Catriona Ross, 41, menyuarakan rasa tidak setuju dengan kenyataan sesetengah pihak yang lebih mengutamakan rupa berbanding bakat lakonan.
Catriona juga menegaskan agar semua pihak tidak mengagungkan pelakon yang cantik sahaja.
Foto: IG
“Saya datang daripada zaman sebelum lahirnya media sosial, saya perlu berusaha sendiri untuk menghadiri sesuatu uji bakat ketika dahulu.
“Saya memulakan industri ini dengan penuh kesusahan, semua itu bergantung kepada apa yang kita dapat iaitu bakat dan kesungguhan.
“Jadi saya memang tidak bersetuju dengan kenyataan sesetengah pihak yang lebih mementingkan paras rupa berbanding bakat.
“Kalau kita sebagai penerbit dan mengagungkan mereka yang mempunyai wajah yang cantik dan tampan, kita sendiri yang merosakkan industri.
“Ia amat penting untuk kelihatan menarik tetapi untuk menjadi menarik kita boleh cipta ia dengan perwatakan, penampilan, solekan dan juga personaliti.
“Ia satu perkara yang saya takkan setuju, saya lebih suka tengok wajah-wajah biasa sahaja. Lagipun sekarang ramai penata gaya dan juru solek yang bagus. Jadi tak perlu kita agungkan mereka yang cantik tapi tiada bakat sebab bakat boleh datang dalam diri sendiri,” jelas Catriona.
Tambah Catriona, dia berharap pelapis-pelapis baharu akan lebih bersungguh-sungguh dan sentiasa mencari ilmu serta tidak berbangga dengan jumlah pengikut yang ramai.
“Kalau anda serius untuk berada dalam industri, perlu cari ilmu sebenarnya supaya dapat pengetahuan mengenai lakonan dan beraksi.
“Sebab ramai antara kita kurang pengetahuan, saya tak cakap saya bagus tetapi saya cuba cari ilmu daripada saya usia remaja lagi saya pergi kelas lakonan, berguru dengan Allaharyamah Azean Irdawaty.
“Saya harap pelapis baharu lebih serius dan jangan terlalu bangga dengga jumlah pengikut yang ramai kerana itu tidak menjanjikan yang terbaik dari diri anda,” katanya kepada XTRA.
Nama Catriona juga sering menjadi perhatian di aplikasi TikTok apabila sering membuat pelbagai kandungan sehingga dianugerahkan Ikon Influencer Kelantan, baru-baru ini.
“Itu adalah cara saya untuk sampaikan mesej kepada pengikut saya sebab ada ketika saya rasa ada perkara yang ingin saya sampaikan tetapi tidak boleh dengan cara yang biasa.
“Saya ingin tahu minat dan perhatian seseorang agar dia boleh faham apa yang saya ingin sampaikan dan sudah tentu saya ingin dekat dengan pengikut saya
“Alhamdulillah baru-baru ini saya telah diangkat sebagai Ikon Influencer Kelantan sempena Majlis Apresiasi Penggiat Seni Wanita Kelantan.
“Untuk saya menerima anugerah ini, bermakna ramai pengikut dari negeri Kelantan peka dengan dengan kandungan-kandungan saya. Saya juga mahu berkongsi bahawa kita tidak perlu malu untuk bercakap dalam dialek sesebuah negeri itu. Itulah mesej yang saya ingin sampaikan.
“Saya bersyukur dan teruja sangat dengan anugerah tersebut,” ujarnya gembira. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik
Bole ke kelate aritu die pn sokong ig lgbt si shahrezzaan tu hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bukan Jahlop?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti team lobenak tergamam... Nape kak cat yg dapat bukan idola lobenak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung merah polkadot putih tu aku pernah nampak dkt Shopee RM7.
Ada mamat Kelantan yg suka speaking slang London tu. Mcm rapat je dgn dia ni. Tapi aku boleh di katakan meluat la dengan mamat tu. Mengade! |
|
|
|
|
|
|
|
mujur la ambik mek kucing ni... kalau ambil si bidah atau jahlop...
memang hilang terus roh rakyat2 kelantan sebab tertengok retis2 ni....
dengan kaka sekali innalillah sebab roh dah hilang dari badan kan... badan je tinggal... walaupun dah innalillah tapi masih boleh bergosip gittuhhh... macam penanggal... kepala je terbang ke kedai runcit cari ayam seekor rm10.... badan kat rumah tengah memasak dan tumis2 tunggu ayam sampai.... |
|
|
|
|
|
|
|
bangga ek jdi ikon kelantan hihi |
|
|
|
|
|
|
|
apoo mek ni, leher2 bgai nampok.. magroh ore kelate. tp ok laa dio, kot bagi ko jahlop, tok se lohhhh kito wehhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka je dia ni. Mulut dia meriah. |
|
|
|
|
|
|
|
hahah betul..ritu dengar dia jadi tetamu radio sinar, dah macam dia pulak yg jadi dj, dia je bercakap
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu gue award cam ni maca menganjing gue plak…level negeri jeh… |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85: Tudung merah polkadot putih tu aku pernah nampak dkt Shopee RM7.Ada mamat Kelantan yg suka speaking slang London tu. Mcm rapat je dgn dia ni. Tapi aku ...
Hok tu Arief Yong. Dolu steward..kelebihan dia leh imitate slang dan menghiburkan mengikut skala mudah terhibur rakyat Mesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Cat ni mana2 ig post retis atau instafemes mesti ada komen dia nempel hahaha rajin betul drop komen |
|
|
|
|
|
|
|
bukannonones replied at 10-11-2022 07:03 PM
Cat ni mana2 ig post retis atau instafemes mesti ada komen dia nempel hahaha rajin betul drop komen
Betul tu, dia ni mmg kuat jadi nasi impit |
|
|
|
|
|
|
|
Antara heroin yg aku rasa x lawa mcm tiz jgk tp 1st drama letops |
|
|
|
|
|
|
| |
|