CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 1

Qatar 2022: Brazil pertaruh Alves

[Copy link]
Post time 8-11-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode

Skuad Brazil ke Qatar 2022



BRAZIL mempertaruhkan pemain pertahanan berpengalaman Daniel Alves dalam misi memburu kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar, November ini.

Pada menyandarkan harapan kepada kudrat pemain berusia 39 tahun itu, skuad Samba mengenepikan penyerang Liverpool Roberto Firmino dalam skuad 26 pemain yang diumumkan jurulatih Tite.

Alves sebelum ini berkelana ke Mexico selepas meninggalkan Barcelona pada penghujung musim lalu, untuk cuba mengekalkan impiannya bermain di Piala Dunia keempatnya bersama juara lima kali Brazil.

Bagaimanapun ketika bersama sensasi liga Mexico, Pumas dalam perlawanan terakhir pada September, dia mengalami kecederaan lutut.

Biarpun begitu, Alves telah berusaha untuk memulihkan kecederaan dengan bantuan kakitangan perubatan dan teknikal akademi Barcelona sejak beberapa minggu lalu.

"Kami mengikuti pemulihannya dari dekat dan semua data yang kami ada daripada doktor Barcelona menunjukkan bahawa dia cergas untuk bermain," kata doktor pasukan Brazil, Fabio Mahseredjian pada sidang akhbar di Rio de Janeiro.

Menurut Tite, sejarah panjang Alves bersama Brazil di sebalik kualiti kepimpinan di bilik persalinan adalah berharga, namun menegaskan bukan sebab utama dia mendapat tempat dalam skuad.

"Dia menambah aspek teknikal dan taktikal yang mengagumkan, untuk menjadi perancang, itu keunikan dan kelebihannya.



“Ya, dia pasti bukan pemain 60 hingga 70 meter lagi seperti sebelum ini, namun dia miliki kelebihan lain.

"Kriteria yang tidak hanya memberikan kualiti teknikal kepada pasukan, tetapi juga aspek mental dan fizikal," kata Tite.

Bintang Arsenal, Gabriel Martinelli juga termasuk dalam kalangan sembilan penyerang Samba dalam senarai didominasi 12 pemain dari Liga Perdana Inggeris.

Kemunculan generasi baharu juga seperti pemain penyerang seperti Martinelli, Vinicius Jr, Rodrygo, Raphinha, Gabriel dan Pedro menyebabkan Firmino yang berusia 31 tahun gagal menempatkan diri dalam skuad.

Sementara itu, pemain tengah Aston Villa, Philippe Coutinho juga tidak tersenarai selepas mengalami kecederaan paha dalam latihan pada hujung minggu yang mengetepikannya selama beberapa minggu.

Brazil memperkukuhkan skuad dengan mengambil empat bek tengah - Bremer dari Juventus, Marquinhos dari Paris St Germain (PSG), Thiago Silva dari Chelsea dan Eder Militao dari Real Madrid, manakala mengetepikan Roger Ibanez (AS Roma), Lucas Verissimo (Benfica) dan Gabriel Magalhaes (Arsenal).

Pada masa sama, Persekutuan Bola Sepak Brazil, juga mengumumkan bekas pengurus PSG, Ricardo Gomes akan menyertai kakitangan Tite sebagai pembantu.

Skuad dan Tite akan berkumpul di kem latihan Juventus di Turin, pada 14 November bagi siri kem latihan selama lima hari sebelum terbang ke Doha pada 19 November.

Brazil membuka kempen Kumpulan G Piala Dunia 2022 di Qatar menentang Serbia pada 24 November diikuti Switzerland dan Cameroon.

Skuad Piala Dunia 2022 Brazil

Penjaga gol

Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras)

Pertahanan

Bremer, Alex Sandro (kedua-duanya Juventus), Eder Militao (Real Madrid) Marquinhos (Paris St Germain), Thiago Silva (Chelsea), Danilo (Juventus), Daniel Alves (Pumas), Alex Telles (Sevilla)

Pemain tengah

Bruno Guimaraes (Newcastle United), Casemiro, Fred (kedua-duanya Manchester United), Everton Ribeiro (Flamengo), Fabinho (Liverpool), Lucas Paqueta (West Ham United)

Penyerang

Antony (Manchester United), Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli (kedua-dua Arsenal), Neymar Jr (Paris St Germain), Pedro (Flamengo), Raphinha (Barcelona), Richarlison (Tottenham Hotspur), Rodrygo, Vinicius Jr (kedua-duanya Real Madrid )
https://www.sinarharian.com.my/a ... azil-pertaruh-alves
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 11:11 AM | Show all posts
Calon juara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056984 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list