CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

Apa Hukum Calon Wanita Dalam Idah Kematian Berkempen?

[Copy link]
Post time 7-11-2022 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Keptusan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon Zuraida Zarik Khan, seorang wanita di dalam idah untuk bertanding kerusi Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menimbulkan persoalan dalam kalangan umat Islam khususnya.


Sekalipun dalam hukum Islam wanita yang kematian suami wajib menjalani idah selama empat bulan 10 hari tetapi apa yang menjadi tanda tanya jenis pendekatan yang boleh digunakan oleh calon berkenaan untuk terus berkempen mengikut yang dibenarkan agama.




Zahida Zarik Khan




Berikutan itu, Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin tampil menjawab persoalan ini menerusi hantaran di Facebook (FB) beliau hari ini.


Jelas Mohd Asri calon wanita berkenaan juga telah menghubunginya dan memaklumkan akan mematuhi hukum hakam syarak berkaitan.


Dalam jawapan itu, Mohd Asri berkata, seseorang calon wanita dalam idah kematian tidak boleh keluar bait al-zaujiyyah (rumah kehidupan suami isteri) atau rumah yang dia menetap dalam tempoh edah jika tiada rumah perkahwinan untuk berkempen pilihan raya.


“Dia tidak boleh keluar daripadanya tanpa keperluan dalam meneruskan kehidupannya,” katanya.


Mohd Asri berkata, keluar kempen pilihan raya bukan keperluan hidup yang jika dia tidak keluar maka hidupnya terjejas.


Katanya, hidup seseorang tidak bergantung kepada hal tersebut, kerana jika dia tidak menyertai berkempen pilihan raya pun tidak menjejaskan keperluan asas hidupnya.


“Orang lain juga tidak mendapat kesusahan kerana ketidakhadirannya berkempen,” katanya.


Sehubungan itu, dalam konteks semasa hari ini katanya, pilihan raya hanyalah perebutan kuasa bukan survival kehidupan seseorang.


Katanya, bahkan banyak pihak lain yang boleh melakukan hal yang sama dan tidak bergantung hanya pada orang tertentu sahaja.




FB Dr MAZA




Namun katanya, jika seseorang berada dia suatu tempat atau negara yang penyertaannya menentukan survival umat Islam atau keselamatan orangramai, maka dia boleh keluar berkempen dalam konteks itu.


“Pun begitu seseorang calon wanita dalam idah kematian tetap boleh berkempen di rumahnya sama ada melalui orang yang hadir atau melalui media baharu dengan pelbagai teknologi yang ada,” katanya.


Katanya, pada masa yang sama dia (calon) perlu ingat tentang larangan bersolek dan berhias yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.


“Maka kemunculannya dalam sosial media atau di talian atau siaran langsung hendaklah mengambil kira hal tersebut,” katanya.









Sumber: Suara Merdeka






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.280261 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list