CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 14

Jho Low Mahu 4 Pucuk Surat Putera Arab Saudi Janjikan Sumbangan Kepada Najib Dirahsiakan

[Copy link]
Post time 7-11-2022 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mahu empat pucuk surat daripada seorang putera Arab Saudi yang kononnya menjanjikan sumbangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dirahsiakan daripada pengetahuan umum.


Joanna Yu Ging Ping, 51, bekas pengurus perhubungan di AmBank mengesahkan perkara itu apabila ditunjukkan transkrip mesej Blackberry Messenger (BBM) bertarikh 23 Jun 2014 oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa perbicaraann kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas perdana menteri itu melibatkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




SCMP




Berdasarkan perbualan itu, ia menunjukkan Jho Low kononnya memberitahunya bahawa Najib telah mengarahkan “surat hadiah” daripada Putera Faisal Turki Al Saud tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.


Ketika ditanya Sri Ram mengenai apa yang beliau fahami daripada mesej itu, Yu berkata surat tersebut untuk mengesahkan bahawa dana yang masuk ke dalam akaun Najib adalah hasil daripada sumbangan dari Arab.


Sri Ram: Apakah tujuan mesej itu?


Yu: Bahawa ia sepatutnya dianggap sebagai sulit.


Saksi itu berkata setiap kali akaun bank Najib terlebih pengeluaran, beliau akan memaklumkan sama ada kepada Nik Faisal Ariff Kamil (pemegang mandat) atau Jho Low supaya cek yang dikeluarkan Najib tidak dtolak kerana kekurangan wang dalam akaun.


Beliau berkata seorang individu yang dikenali sebagai Kee Kok Thiam kemudiannya akan memasukkan wang ke dalam akaun Najib yang kadangkala berjumlah ratusan ribu bagi memastikan cek boleh digunakan.


Apabila ditanya sama ada bank akan menolak cek dalam keadaan sedemikian, Yu menjawab: "Ini akaun Perdana Menteri, jadi kami akan usaha mendapatkan dana supaya nampak elok,”.


Beliau berkata Najib adalah penandatangan tunggal untuk cek dari akaunnya, dan Nik Faisal tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan cek itu bagi pihak Najib.


Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.




Sumber: BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 08:44 PM | Show all posts
maksudnya memang ada duit derma dari arab

tapi jho low sengaja selindung supaya taktik licik dia berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:44 PM | Show all posts
jho low senyap2 masukkan dana SRC dalam akaun najib instead of duit derma

bila najib suruh duit derma arab tu dibelanjakan untuk beli kain pelikat, telekung etc, jho low dan nik faisal guna duit SRC supaya nampak macam najib bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk Joana kena goreng kali ni... Belum sampai giliran pegiam bela lagi
Kesian jugakla si Joana ni kena sorang2... Tok2 dalang termasuk MO1 sebenar semua dah hilang.
Joana pun ada salah jugak sbb dia tak profesional masa dia pegang amanah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:09 PM | Show all posts
matamata: Teruk Joana kena goreng kali ni... Belum sampai giliran pegiam bela lagiKesian jugakla si Joana ni kena sorang2... Tok2 dalang termasuk MO1 sebenar se ...


joana tu siapa? bini jo low ke?

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh murah nya hati putra arob tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2022 09:55 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lurus bendul punya joanna, patut ko jd macit cuci tandas kt ambang je la.....klau marhaen nk buat loan ko korek segala mcm bukti sampai lubang cacing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg songlap duit Najib pulak yg kena.
Arab Saudi mmg bagi negara2 Islam 2/3biliion. Even Ukraine pun baru2 ni dapat 400m pound dpd ArabSaudi. So apa yang susah sangat nak percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:18 AM | Show all posts
seketul jho low pun tak bole tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:31 AM | Show all posts
DS Najib mmg kena trap sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 7-11-2022 09:55 PM

Gelek sikit makcik!



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:50 AM | Show all posts
venom1 replied at 8-11-2022 10:31 AM
DS Najib mmg kena trap sebenarnya

atas dasar nya nampak gitu lah, tp silap dia tak check btul2 juga, mmg dia penerima duit tu, pastu p guna n belanja, atas alasan dia 'tak tau' sbbkan dia tak tau ni lah kedalam penjara juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 01:01 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 8-11-2022 01:07 PM
lasagna replied at 8-11-2022 10:50 AM
atas dasar nya nampak gitu lah, tp silap dia tak check btul2 juga, mmg dia penerima duit tu, pastu ...



dengan kemajuan & pembangunan yg dibuat, ekonomi yg bagus, banyak bantuan yg rakyat terima agak sukar untuk musuh politiknya nak menjatuhkannya,

masuk duit curi dlm akuannya, tunggu sehingga dia terguna duit itu, lepas tu tuduh dia songlap, penyamun, sakau duit rakyat..
agaknya dengan cara ini aje yg boleh menjatuhkannya,  apa yg dibuat utk rakyat dan negara adalah tidak penting bagi musuh2 politiknya, apa yg penting adalah menang dalam pru dan mendapat kuasa mentadbir negara.





Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 03:30 PM | Show all posts
rashiman replied at 8-11-2022 01:01 PM
dengan kemajuan & pembangunan yg dibuat, ekonomi yg bagus, banyak bantuan yg rakyat terima agak s ...

indeeed..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.899153 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list