CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 3

Anwar Paling Layak Jadi PM Ke-10 - Lim Kit Siang

[Copy link]
Post time 7-11-2022 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim paling sesuai dan layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 berbanding pemimpin parti lain.


Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana Anwar memahami dan menghargai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk dengan pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya.




FB Kit Siang




Menurutnya, Presiden PKR itu juga berkemampuan untuk memulihkan ekonomi Malaysia selepas negara jatuh menjadi negara kelas kedua.


“Anwar mempunyai stamina untuk membawa Malaysia kembali kepada prinsip asas kemerdekaan.


“Malaysia adalah negara masyarakat majmuk bukan masyarakat Melayu sahaja. Kali ini kita akan menyatukan semua kaum dan agama.


“Menyelamatkan negara bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam tempoh lima tahun, ia mengambil masa 20 hingga 30 tahun atau ia boleh dicapai apabila Malaysia berusia 100 tahun untuk menjadi antara negara terbaik di dunia.  


“Saya akan pergi pada masa itu, tetapi anak-anak dan cucu-cucu kita akan tetap berada di sini,” katanya kepada pemberita pada program kopitiam talk di sini hari ini.


Menurutnya, PH perlu menang 80 hingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membentuk sebuah kerajaan dan menjadikan Anwar seorang Perdana Menteri.


Katanya, PH juga perlu menang lebih banyak kerusi Parlimen untuk membentuk satu kerajaan yang kukuh.


“Kalahkan UMNO dan dapatkan 80 hingga 90 kerusi Parlimen untuk PH membentuk kerajaan bersama Sabah dan Sarawak.


“Semua ini bergantung kepada jumlah undi. Jika kita dapat jumlah undi yang tinggi, kita boleh menang dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.


Kit Siang berkata, negara memerlukan peratusan pengundi yang tinggi keluar mengundi untuk mewujudkan tsunami politik seterusnya menumbangkan UMNO dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri untuk memimpin Malaysia.


Menurutnya, sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu keluar beramai-ramai mengundi pada 19 November ini.


“Jangan biarkan Malaysia beralih daripada  negara kelas dua kepada negara kelas tiga, berikan anak-anak anda kehidupan yang lebih baik,” katanya.




Sumber: UTUSAN






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
yg bermakna...sapa bukan nuor..termasuk...LKS Sendiri TIDAK MEMAHAMI Msia adalah sebuah negara majmuk dgn pelbagai kaum,bahasa,agama dan budaya...sb tu tak layak???????
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 06:48 PM | Show all posts
senang la nak di pupet kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 06:50 PM | Show all posts
tu kata kau.... kata rakyat Malaysia ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.324822 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list