CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 1

Pengundi Pertama India Meninggal Dunia Lepas Mengundi Buat Kali Terakhir

[Copy link]
Post time 7-11-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki digelar “pengundi pertama India” dilaporkan meninggal dunia pada usia 105 tahun.


Shyam Saran Negi merupakan individu pertama membuang undi ketika India mengadakan pilihan raya umum pertama selepas mendapat kemerdekaan daripada British.




Foto: PTI




Sejak itu, Negi akan keluar mengundi dalam setiap pilihan raya sejak itu.


Lelaki itu membuang undi tiga hari lalu sebelum kematiannya dalam pilihan raya dewan untuk negerinya di Himachal Pradesh.


Pesara guru itu dianggap sebagai orang pertama yang mengundi kerana negerinya membuka pusat mengundi lima bulan awal pada 1951 untuk pilihan raya 1952 bagi mengelakkan salji tebal.


Pilihan raya itu telah memberi kemenangan besar bagi Kongres Kebangsaan India dan Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang pertama dipilih secara demokrasi, selepas hampir 100 tahun di bawah pemerintahan kolonial British antara 1848 dan 1947.


Awal minggu ini, Suruhanjaya Pilihan Raya membentangkan permaidani merah untuk Negi apabila beliau membuang undi posnya menjelang pilihan raya 12 November.




Foto: PTI




Media India melaporkan ini adalah kali pertama Negi tidak menghadiri pusat mengundi, sebaliknya memilih untuk menghantar undinya kerana tidak sihat.


Pada tahun 2014, Negi telah dijadikan duta jenama untuk Suruhanjaya Pilihan Raya dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai mengundi pada pilihan raya umum tahun ini.




Sumber: MalaysiaGazette








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 06:40 PM | Show all posts
cannot handle the pressure the attention .. mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list