CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

Red Bull tampil buat pendedahan berani

[Copy link]
Post time 7-11-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode

HORNER (kiri) mendakwa terdapat pasukan yang melanggar peraturan ekoran peningkatan kadar inflasi dan peningkatan kos termasuk bahan api. – AFP



LONDON – Pasukan Red Bull mendakwa bahawa enam pasukan Formula Satu (F1) berkemungkinan bakal melanggar peraturan had kewangan yang ditetapkan musim ini.

Kadar inflasi global yang melonjak sekali gus memberi kebimbangan kepada pasukan F1 terutama mengekalkan had perbelanjaan mereka.

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner percaya pasukannya itu tidak akan menjadi salah satu daripada enam pasukan yang bakal melanggar peraturan kewangan.

Ketika ini, Red Bull menjadi mangsa pertama selepas disahkan melanggar had perbelanjaan berjumlah £1.864 juta (RM10.07 juta) atau 1.6 peratus daripada had £118 juta (RM637.44 juta) yang ditetapkan pada musim 2021.

Disebabkan kesalahan tersebut, Red Bull didenda AS$7 juta (RM33.2 juta) dan dihukum de­ngan pengurangan 10 peratus bajet dalam penyelidikan aerodinamik terutama menggunakan terowong angin untuk membina jentera mereka.

“Jika saya melihat pada pembangunan jentera 2022, saya fikir pasukan lain telah melakukan perubahan ketara dan mereka membawa lebih banyak komponen pada jentera berbanding kami tahun ini.

“Jika anda melihat kerosakan akibat kemalangan sahaja ia melibatkan kos yang sangat mahal terutama penggantian komponen baharu.

“Melihat kepada perlumbaan musim ini, Max Verstappen (Red Bull) ialah pemandu yang mengalami kerosakan paling sedikit sepanjang musim.

“Jadi, saya fikir, mungkin terdapat enam pasukan yang akan melanggar had peraturan kewa­ngan. Harga bahan api meningkat naik. Syukur Red Bull tidak berdepan masalah tersebut,” kata Horner. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -pendedahan-berani/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-2-2023 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086087 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list