CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3038|Reply: 52

Supercomputer Ramal Kiamat Tahun 2050, Ahli Astrofizik Sokong

[Copy link]
Post time 7-11-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah mesin yang dikenali sebagai supercomputer membuat ramalan bahawa kehidupan di dunia ini akan berakhir menjelang tahun 2050.


Mesin itu yang dicipta pada tahun 1973 oleh profesor universiti terkemuka telah melihat beberapa ramalannya menjadi kenyataan, termasuk penurunan ketersediaan sumber asli dan mineral penting.


Algoritma canggihnya mengambil kira pelbagai faktor termasuk kadar kelahiran dan tahap pencemaran untuk mengemukakan anggaran kehidupan.




Foto: Daily Star




Sebelum ini, mesin tersebut meramalkan bumi berada dalam keadaan "sangat kritikal" pada tahun 2020.


"Jika kita tidak berbuat apa-apa mengenainya, kualiti hidup akan turun kepada sifar.


"encemaran menjadi sangat serius ia akan mula membunuh manusia yang seterusnya akan menyebabkan populasi berkurangan, lebih rendah berbanding tahun 1900.


"ada peringkat ini, sekitar 2040 hingga 2050, kehidupan bertamadun seperti yang kita ketahui di planet ini akan tidak lagi wujud," ujar laporan berita mengenai mesin itu.


Ramalan supercomputer turut disokong oleh Ahli Astronomi Diraja Martin Rees, salah seorang ahli astrofizik yang terkenal.


Dia juga telah meramalkan masa depan yang suram untuk manusia, mendakwa ancaman bencana daripada perubahan iklim kepada kebergantungan melampau terhadap teknologi akan menyukarkan manusia untuk terus hidup.


Namun katanya, jika cabaran besar itu dapat diatasi, maka manusia boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama walaupun tiada jawapan yang sebenar untuk tempoh itu. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 09:58 AM | Show all posts
penggunaan istilah kiamat adalah melebih-lebih. artikel tu cuma kata tamadun musnah.

komputer ni perlukan input. dari input baru diproses datanya untuk dapat kesimpulan. data input tak boleh tepat, jadi hasilnya cuma penghampiran. lagi pun manusia ni sikap berubah, jadi keputusan ni boleh sahaja berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:30 AM | Show all posts
kalau umur panjang, time tu, acik dah merasa duit pencen
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 12:21 PM | Show all posts
tak supercomputer pon
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 04:21 PM | Show all posts
kiamat memang bunyi menakutkan

tapi yang paling menakutkan.. selepas tu.. amalan cukup tak?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 04:25 PM | Show all posts
asudau replied at 7-11-2022 10:30 AM
kalau umur panjang, time tu, acik dah merasa duit pencen

untung la ada duit pencen,


aku harap duit EPF aku dapat menampung kehidupan aku...haha

tula kawan2 kerja swasta ni dok cakap
kalo kerja gomen, hidup smpai 100 tahun pn gomen bg pencen

org swasta ni jgn la hidup lama sgt, takut duit habis dulu sebalum nyawa habis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2022 04:31 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 7-11-2022 04:33 PM
Mesin itu yang dicipta pada tahun 1973

"Space: 1999" debuted in 1975...







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
yakin la pada rezeki Allah, hidup jangan bergantung pada manusia nanti merana. Jadilah macam semut yang dikurung oleh nabi sulaiman dalam balang dengan sebiji gula. Semut tu langsung x bergantung pada nabi sulaiman dan berjimat cermat bertawakal bergantung hanya pada Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 04:50 PM | Show all posts
berdasarkan kajian, kebanyakan tamadun manusia hanya mampu bertahan antara 200-250 thn. kita sekarang ni pun dah dekat penghujung civilization, back to back dgn perang, bencana alam, kebuluran, kejatuhan ekonomi etc selepas ini, tamadun baru yg bakal dibina akan bertambah kuat atau kembali uncivilized atau hancur sama sekali
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 7-11-2022 05:16 PM

Jadi adalah rugi simpan kwsp bertimbun jika tak pakai hujung2 innalillah sblm 55, patut kwsp kasi byr rumah, rumah pulak sempat duduk umur 30-50, kos budak sorang umur 0-20=150k, kos bini 0-20=150k, bermakna 20 tahun perabis lebih 500k, hujung2 innalillah umur 50.
Agak2 mereka yg umur 30 kena skip beli rumah, skip beranak ramai, x perlu penat kerja sara bini sara anak bayar rumah kwsp bertimbun, supaya boleh joli sblm innalillah umur 40
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 05:28 PM | Show all posts
prediction dan solution dibuat oleh orang yang cipta masalah tersebut

- Pak Long kedai kopi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pun layak masuk retired home dah time ni. lantak laa hidup lama2 pun buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 1979 suoercomputer bersamaan pentium dual core je tahun 2020
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape undi PH memang patut takut bila dengar kiamat. Teruk korang kena seksa nanti sebab sokong LGBT.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 06:10 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 7-11-2022 06:04 PM
Sape undi PH memang patut takut bila dengar kiamat. Teruk korang kena seksa nanti sebab sokong LGBT. ...

Wow sudah ambikalih kerja Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 7-11-2022 04:31 PM
"Space: 1999" debuted in 1975...

Apakah itew sis? Muncung dh serupa peni$, iklan durex kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 07:38 PM | Show all posts
esok pun tak pa..tapi rasanya ni dah berulang kali dah dari tahun y2k hingga tahun 201
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 7-11-2022 07:33 PM
Apakah itew sis? Muncung dh serupa peni$, iklan durex kah?

Oh hahaha tidak.  Ini la series kat tv yg iols tengok masa kecil2 dulu.  Zaman 70an depa cakap tahun 1999 dah advanced org travel mcm ni itu spaceship.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:02 PM | Show all posts
siapa ada time machine? cuba pergi jap tahun 2050 apa yg berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 7-11-2022 08:02 PM
siapa ada time machine? cuba pergi jap tahun 2050 apa yg berlaku

Baba vanga apatah tu tak cakap apa2 ke pasal 2050?

Yg iols tau agenda 2050 ni impact if climate change kalau kita tak buat apa2 sekarang.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.147015 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list