CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4866|Reply: 52

JEREBU MELANDA

[Copy link]
Post time 18-10-2010 11:36 AM | Show all posts |Read mode
BATU PAHAT 16 Okt. – Beberapa kawasan di selatan dan utara Semenanjung Malaysia dikesan dilanda jerebu dengan jarak penglihatan di kawasan itu dilaporkan berkurangan.
Pegawai Meteorologi, Bahagian Pusat Ramalan, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Lim Ze Hui berkata, pemerhatian di stesen meteorologi mendapati antara kawasan terlibat adalah Melaka, Batu Pahat, Senai, Prai dan Butterworth.
Katanya, pemerhatian pada pukul 1 petang tadi menunjukkan jarak penglihatan di Melaka adalah 5 kilometer (km), Batu Pahat (6 km), Butterworth (7 km), Prai (8 km) dan Senai (9 km).
“Kawasan ini mencatatkan jarak penglihatan yang berkurangan berbanding kebiasaannya iaitu melebihi 10 km,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, jarak penglihatan juga akan berkurangan akibat beberapa faktor seperti hujan lebat, namun di kawasan tersebut tidak berlaku aktiviti cuaca seperti itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas punca berlaku jerebu di kawasan terbabit.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Alam Sekitar negeri, mengesahkan keadaan agak berjerebu di sekitar Batu Pahat, namun kualiti udara adalah pada peringkat sederhana dan tidak membahayakan.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Ariffin Sultan berkata, pihaknya telah melakukan rondaan di sekitar daerah ini namun tidak mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.
“Kami telah buat rondaan sehingga 1.30 petang tadi dan mendapati jarak penglihatan di sekitar daerah ini menurun.
“Namun, kami tidak menemui sebarang aktiviti pembakaran di daerah ini yang boleh menyebabkan situasi ini berlaku,” katanya.


Dipetik dari Utusan Malaysia


**ada sumber-sumber terbaru pasal jerebu ni tak? keaadan didaerah aku makin teruk hari tetapi mengikut indeks Jabatan Alam Sekitar kualiti udara masih ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 11:37 AM | Show all posts
semalam pon mcm ada jerebu ckit kat damansara.....
sib baik pagi tadi ujan kejap....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:38 AM | Show all posts
dah sebulan i batuk....masih tak sembuh2..............cuaca dan udara persekitaran makin teruk......
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:39 AM | Show all posts
err.. ok jahh tgk kt jalan tadik.. terang mendrang jahh.. nmpknya slgor mseh suci dri jerebu gitew..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:42 AM | Show all posts
betullar batuk tak elok2..kesian anak2 batuk jer memanjang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:45 AM | Show all posts
indon kan slalu terbakar... selatan thai pulak ada seisi bom mengebom.. tu la pasal jerebu kat selatan/utara semenanjung ni  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2010 11:45 AM | Show all posts
semalam pon mcm ada jerebu ckit kat damansara.....
sib baik pagi tadi ujan kejap....
ctaz Post at 18-10-2010 11:37



    semalam ada hujan...dah cerah skit..
tp  pagi ni makin teruk menjadi jerebu nye..
yg best nye gomen tak tau punca dari  mana ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:50 AM | Show all posts
patutla skarang nia syik bau asap aje walaupun sikit2. ingatkan jiran bakar sampah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 11:53 AM | Show all posts
lembah klang masih clear
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:54 AM | Show all posts
Musim jerebu sudah kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:55 AM | Show all posts
semalam ada hujan...dah cerah skit..
tp  pagi ni makin teruk menjadi jerebu nye..
yg be ...
safamm Post at 18-10-2010 11:45


gomen juga yg salah  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:02 PM | Show all posts
Inilah akibatnya jika memilih toghut sebagai pemimpin kita.

Undi PAS insyaallah selamat dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:04 PM | Show all posts
hutan mana pulak yg terbakar ni?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 02:33 PM | Show all posts
patut ler pun area Benut nie berkabus jer...jerebu rupa nyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 02:35 PM | Show all posts
SIAPLA COLI MAKCIK2 KAT TAMAN PERUMAHAN KUCEN NI,,,,,,,,,,,,,YG SAIZ 38C KEATAS MENJADI SASARAN,,,TGGUUUUUUUUUUUUUUU
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 02:37 PM | Show all posts
Sekarang dan diwaktu ini..di tempat kaka ujan sedang turun berserta guruh dan kilat..
setelah hampir setiap hari kepanasan terik melanda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 04:36 PM | Show all posts
Reply 15# kucingTomey


   
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:49 PM | Show all posts
dah beberapa hari jerubu baru nak kuar dlam berita ..abis keter red berhabuk2..memang jelas habuk2 berterbangan ...habuk yg macam kite bakar sampah berterbangan tu .....lemas tol....sian kat bby ...bahaya bawa budak2 kecik buat activity luar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:59 PM | Show all posts
ptt la anak aku tanya kenapa kelabu jek kat luar umah....ni area berdekatan putrajaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 05:20 PM | Show all posts
tengahari tadi dah ok skit ..maybe sebab angin bertiup kuat..

tp petang ni kelabu asap balik..klu hujan turun alhamdullilah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.086992 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list