CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 1

Nunez buat 'langkah besar' di Liverpool - Klopp

[Copy link]
Post time 5-11-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode

NUNEZ (kiri) meraikan golnya ketika menentang Napoli bersama Mohamed Salah. FOTO Reuters

London: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memuji prestasi terkini penyerang, Darwin Nunez, tetapi menyatakan banyak lagi mampu ditunjukkan pemain Uruguay itu yang semakin serasi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nunez, 23, menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Napoli pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Selasa lalu, yang juga gol kelima dalam tujuh perlawanan di semua kejohanan.

"Langkah yang besar, budak itu ada pakej hebat. Dia menjadi ancaman dalam kawasan penalti, terbabit dalam banyak perkara," kata Klopp menjelang aksi liga di Tottenham Hotspur, Ahad ini.

"Dia sentiasa menjadi sasaran untuk umpanan bola serta hantaran lintang. Dia tidak bermain lama ketika menentang Napoli, tetapi terbabit dalam kedua-dua jaringan. Jadi, memang langkah yang besar."


Kemenangan ke atas Napoli mengurangkan tekanan terhadap Klopp selepas dua kekalahan berturut-turut di tangan kelab bawahan liga iaitu Nottingham Forest dan Leeds United.

Pengendali Jerman itu berkata, memang penting untuk membawa momentum kemenangan pada pertengahan minggu untuk bertemu Tottenham, yang kini 10 mata di depan Liverpool yang menduduki tangga kesembilan liga.

"Ia perlawanan penting untuk kami. Kami sedar Tottenham adalah pasukan tersusun, bertahan pada tahap tinggi dan pantas melakukan serangan balas.

"Kami lihat kekuatan jentera depan mereka dalam dua perlawanan lalu apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan. Spurs berada pada saat yang baik," kata Klopp.

"Selepas kekalahan kepada Leeds, saya tidak merasakan lebih buruk lagi, tetapi apabila anda menewaskan pasukan pada prestasi yang baik, ia melonjakkan moral anda. Ia situasi biasa. Kami perlu cuba untuk merasai apa yang dirasakan selepas kemenangan ke atas Napoli."

Pemain tengah veteran, James Milner tidak dapat diturunkan selepas cedera kepada ketika menentang Napoli, tetapi Jordan Henderson dijangka kembali selepas cedera ringan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-liverpool-klopp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 09:01 AM | Show all posts
ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076103 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list