View: 1401|Reply: 11
|
OPR dijangka naik lagi Januari tahun depan
[Copy link]
|
|
OPR dijangka naik lagi Januari tahun depan
Foto hiasan NSTP
Kuala Lumpur: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi dalam mesyuarat pada Januari 2023, kata beberapa firma penyelidikan.
Ambank Research menerusi laporan Sorotan Ekonominya berkata, kenaikan itu akan menyaksikan OPR mencecah paras 3.00 peratus yang menjadikannya ke tahap sebelum pandemik.
"Seiring dengan jangkaan serta konsensus kami, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
"Ini adalah kenaikan keempat bagi tahun ini yang menjadi pertambahan 100 mata asas sepanjang 2022," kata cabang penyelidikan AmBank Group bagi mengulas pengumuman BNM mengenai kenaikan OPR, kelmarin.
Ambank Research berkata kenaikan itu didorong oleh kebimbangan inflasi daripada pemulihan di peringkat domestik sendiri.
Selain itu, inflasi teras berada pada 4.0 peratus pada September (purata 2.7 peratus setakat tahun ini) yang berada dalam julat atas unjuran BNM sebanyak 2.0-3.0 peratus.
Bagi aspek penawaran, isu rantaian bekalan global telah reda sejak April tahun ini yang turut mengurangkan sedikit tekanan daripada kos input, katanya.
Namun, penyusutan ringgit (13.9 peratus setakat tahun ini) juga menjadi antara penyumbang kepada keadaan inflasi yang kekal tinggi.
Sementara itu, cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank, Kenanga Research mengekalkan saranan 'Overweight' terhadap sektor perbankan dan mengunjurkan terdapat satu lagi kenaikan 25 mata asas bagi OPR untuk tahun kalendar 2023 kepada 3.00 peratus.
"Biarpun mengalami tekanan inflasi yang berkemungkinan menimbulkan risiko, kami percaya kebimbangan mengenai kualiti aset sektor perbankan akan diuruskan dengan baik.
"Ini berikutan pemulihan trend pembayaran balik susulan aktiviti ekonomi yang pulih selain pendapatan dan pekerjaan yang lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) turut menjangkakan BNM menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas menjelang separuh pertama 2023 untuk mencecah 3.25 peratus.
Katanya, langkah BNM meneruskan pendirian mengetatkan dasar monetari itu didorong oleh prospek Malaysia untuk terus mencatat pertumbuhan yang positif.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... januari-tahun-depan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm sampai kesudah kita tak de simpanan tetap utk kukuhkan kewangan diri sendiri.
semua bantai naik, naik jugak lah komitmen kita semua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
naik sokmo jaa! kita kena pikir kan cara lain untuk ada simpanang sendiri,,macam aq doh pikir nok bukok akaun bank lain yg boleh bagi interest tinggi sikek dari simpanan biasa,,,bank mana hok okay wey? |
|
|
|
|
|
|
|
punya lah banyak option lain selain bank weh sebab nye macam KWSP, TH, ASB lagi tinggi interest dorang rasanya.
kalau bank ni paling busuk pon 2.90++ jek interest sngat2 sikit dan tk berbaloi!
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa lepas covid ni jeh rasa macam semua mahal...dah terbiasa bayar ape semua kurang en...
bagi aku OPR naik, orang yg kasi sewa rumah happy lah sebab boleh naikkan sewa rumah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm nak taknak kita mmg kena buat investmnt la baru duit kita makin banyak. kalau tak menyimpan ni mmg bahaya la tahu2 duit habis. nnti emergency pun tkda duit
|
|
|
|
|
|
|
|
ni tak bahaya ke ehh? kiranya mmg safety jaga ke? bukan ape takut scam je huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm semua bank ok je rasanya. tp skrg maybank buat offer kaw kaw tau, ada interest tinggi sampai 3.85% weh sampai 7 disember ni. berbaloi gilerrr kalau invest sekarangg
|
|
|
|
|
|
|
|
tak de lahhh link tu legal straight dari website maybank2u tu sendiri . bukan scam tapi ni betul punya! boleh apply kat online maybank2u tu jek senang!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ooo fahamm tapi maybank ni boleh invest minimum berapa bulan eh? and ada apa apa kelebihan ke if invest kt maybank skrg??
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|