View: 1268|Reply: 2
|
Kegilaan luar biasa Swift, misteri lirik Midnights
[Copy link]
|
|
Taylor mencatat rekod yang tidak pernah digapai mana-mana pemuzik iaitu memenuhi carta 10 teratas carta lagu terkemuka dunia, Billboard Hot 100 dengan lagu-lagu dari album terbaharunya, Midnights.
Kegilaan luar biasa Swift, misteri lirik Midnights
DISKOGRAFI ke-10 figura bernama Taylor Swift, Midnights mencatat kejayaan luar biasa yang tidak pernah diraih mana-mana penyanyi.
Sepuluh posisi teratas carta Billboard Hot 100 ‘dikuasai’ lagu-lagu dalam Midnights. Itu kejayaan seumpamanya yang pertama kali dilakukan seorang manusia berprofesion pemuzik.
Itulah Taylor Swift, seorang penyanyi berstatus chart-topper yang pengaruhnya bukan kepalang.
Pencapaian tersebut jugalah yang menarik minat penulisan ulasan album dengan kerjasama penerbit tidak asing bersama Swift bernama Jack Antonoff itu dicernakan kali ini.
Midnights memiliki kualiti sebuah karya bernuansa tersendiri. Buat kebanyakan pendengar, barangkali mereka berasakan bunyi yang dihasilkan Midnights majoritinya berentak sama.
Nyahkod
Sungguhpun begitu, buat mereka yang mendasari lebih mendalam, ada ‘kerja’ perlu dilakukan iaitu menyahkod sesuatu, terutama bait-bait lirik nukilan Taylor.
Jika sememangnya lazim dengan kerja-kerja seni Swift, pemuzik itu seorang yang sangat bermisteri atau ‘cryptic’ dan semua itu dicernakan dalam kebanyakan lagu dalam Midnights.
Album kali ini menonjolkan konfesi atau pengakuan, realiti kebimbangan, kritikan kendiri dan insomnia seorang penghibur hebat bernama Taylor Swift.
Penulis bukanlah seorang Swiftie (gelaran peminat Taylor) namun mengakui bahawa Swift sememangnya mempunyai sentuhan emas, baik sebagai seorang penyanyi mahupun komposer.
Dia menyentuh soal hubungan cintanya bersama Joe Alwyn dalam trek berjudul Lavender Haze.
Pada masa sama, dalam trek bertajuk Maroon, dia menggunakan perlambangan rona atau warna mengenang kisah cinta lamanya dengan mantan kekasih, Tom Hiddleston.
“I chose you, the one I was dancing with in New York, no shoes.”
Potongan ayat berkenaan barangkali memberi rujukan terhadap pengakhiran hubungannya dengan Tom yang sebelum ini pernah dibidik lensa sedang berdansa sama ketika acara Met Gala di New York beberapa tahun lalu.
Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini dan perkara tersebut diakui Swift dalam lagu berjudul Anti-Hero.
Swift ‘bercerita’ perkara yang tidak digemari orang tentang dirinya seperti yang tertulis dalam lirik berbunyi:
“Hi, I’m the problem, it’s me.”
Bait lirik berkenaan membuktikan Swift dambakan pemahaman khalayak bahawa kadang-kadang, dia juga berdepan masalah sama seperti orang lain.
Sementara dalam lagu berjudul You’re On Your Own, Kid, dia menyentuh tentang kesihatan mental. Itu satu kerja murni yang seorang manusia dengan jawatan sebagai penghibur.
Nombor satu
Dari segi komposisi muzik, Swift kini beralih daripada muzik pop ke arah mid-tempo yang sangat selari dengan signatur ‘awal’ muziknya.
Dalam Midnights, peminat akan perasan bahawa bintang itu sedang bereksperimentasi meniti jaring-jaring muzik seperti electronica, chill-out synth-pop dan dream pop.
Single pertama, Anti-Hero merupakan antara lagu terkini yang sering dimainkan penulis biarpun bukan berstatus seorang peminat tegar.
Mengapa? Kerana lagu berkenaan merupakan satu karya cemerlang dan layak meraih segala perhatian.
Anti-Hero juga lagu nombor satu paling popular dalam dunia. Untuk itu, Swift bukan hanya kekal berstatus chart-topper, dia barangkali akan menjadi antara pesaing utama dalam acara Grammy Awards akan datang.
Selain 30 oleh Adele dan Renaissance (Beyonce), kini ada pesaing tersengit bernama Midnights.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ri-lirik-midnights/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu masa first terima award kena kacau dgn kanye west atas pentas.
Sekarang TS semakin mendunia, kaya, single and album sold out.
Kanye west apa citer sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
fazamania replied at 6-11-2022 09:30 PM
Teringat dulu masa first terima award kena kacau dgn kanye west atas pentas.
Sekarang TS semakin men ...
Merundumm..perkahwinan ngan Kim failed..
Fashion hauk...album..krik..krikk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|