View: 4404|Reply: 56
|
'Takde Rupa, Bakat Pun Takde Masalah' - Azhan Rani Bangga Darah Dibawa Terbang Ke Australia
[Copy link]
|
|
Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan menderma darah plasma selepas setahun tidak dapat berbuat demikian akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
IG Azhan
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani, 46, berkata itu merupakan kali yang ke-50 dia menderma darah plasma buat mereka yang memerlukan.
Dalam pada itu, Azhan turut memaklumkan darahnya itu akan diproses terlebih dahulu sebelum dibawa ke Australia. Malah dia turut berpesan kepada orang ramai untuk keluar menderma darah bagi mereka yang masih sihat.
IG Azhan
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran terbaharu pada entri sama, Azhan sempat berseloroh mengatakan untuk menderma darah tidak perlu memikirkan soal rupa dan bakat.
“Kalau takda rupa atau takda bakat pun takda masalah nak jadi penderma darah merah atau apheresis,” tambahnya.
Add Image Caption Here
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus bang Azhan. Semoga menjadi bekalan akhirat esok. Ameen. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nk derma darah tp taktau layak ke tak? Kalau hb rendah tak leh kan?
Darah iols jenis susah nak dapat juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 4-11-2022 07:46 AM
Teringin nk derma darah tp taktau layak ke tak? Kalau hb rendah tak leh kan?
Darah iols jenis susah ...
uols cuba dulu pergi dekat unit darah mana2 hospital. Cakap nak derma darah. Isi borang pastu dia akan check hemoglobin level, kalau lepas baru proceed gi check tekanan darah.
Kalau semua okay baru dia akan draw blood dalam test tube kecik tu. Kalau dekat situ pon clear, baru la dia proceed transfer into the blood bag/pouch
I pon ada isu veins payah nak nampak tapi alhamdulillah boleh je derma darah sebab nurse banyak tolong. Kadang darah slow jugak.
Paling penting make sure u tido cukup the day before, not taking any medicine for the past week. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar 2nd nmpk mcm bdk skolah |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 4-11-2022 07:46 AM
Teringin nk derma darah tp taktau layak ke tak? Kalau hb rendah tak leh kan?
Darah iols jenis susah ...
PROSES PENDERMAAN DARAH
Carta Alir Proses Pendermaan Darah
• Isi borang pendermaan darah
• Melakukan saringan kesihatan ringkas untuk mengetahui
berat badan, kumpulan darah, dan paras hemoglobin.
• Membuat pendaftaran untuk pendermaan darah.
• Menjalani sesi temuduga bersama dengan doktor/
anggota kesihatan untuk mengenalpasti kelayakan
menderma darah
• Menderma darah
• Mengambil makanan dan minuman
Sebelum Hari Pendermaan Darah
• Pastikan anda minum air secukupnya
• Tidur sekurang-kurangnya 5 jam
• Layari laman sesawang Pusat Darah Negara
Semasa Pendermaan Darah
• Sihat tubuh badan
• Berat badan anda 45kg dan ke atas
• Pastikan anda mengambil makanan dalam masa 4 jam
sebelum menderma darah
• Minum air secukupnya
• Pakai pakaian yang selesa. Jika memakai pakaian yang
berlengan panjang, pastikan lengan pakaian boleh
dilipat
• Bawa bersama kad pengenalan/lesen kenderaan/
pasport
Selepas Pendermaan Darah
• WAJIB mengambil makanan dan minuman yang
disediakan
• Minum lebih banyak air
• Elakkan minuman beralkohol dalam masa 24 jam
• Anda disarankan untuk mengurangkan pendedahan
berterusan kepada cahaya matahari buat sementara
bagi menggelakkan risiko dehidrasi
• Jangan mengangkat barang yang berat atau terlibat
dalam aktiviti berat dalam masa 6-8 jam selepas
menderma darah bagi mengelakkan bengkak/lebam di
kawasan pendermaan darah
• Sekiranya anda mengalami pening atau rasa pitam,
hentikan aktiviti dan dinasihatkan untuk duduk atau
berbaring sehingga pulih kembali |
|
|
|
|
|
|
|
azhan ni tinggi nau.. ye laa iols kn hobbit. alhamdulillah TQ lah pd dia, menderma darah plasma.. sgt rare. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni boleh dijadikan artis contoh..
lakonan superb, kontroversi jarang ada, suka buat kebaikan.
rasanya ni dah kali keberapa ntah dia derma darah ni..mmg respect pada semua yg suka derma darah
membantu menyelematkan nyawa sesama insan..
|
|
|
|
|
|
|
|
goodjoob ar..
bila selalu derma darah, ada benefit tau..
pakcik ofis i tiap2 bape bln tah derma darah dah 30thn lebih dia derma..
then dia dpt special kad ke apa tah dr kkm.. sekiranya dia ada mslh kesihatan, apa2 treatment surgery xperlu byr apa2.100% ditanggung kerajaan. cmtulah dia cite.. baguih la benefitnye.
jadi marilah kt sama2 menderma darah |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 4-11-2022 08:04 AM
uols cuba dulu pergi dekat unit darah mana2 hospital. Cakap nak derma darah. Isi borang pastu dia ...
Meols derma 350ml 3 minit lebih dah penuh. Nurse ckp cepatnya dah penuh bag. Nak tanya nape laju tu segan pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 4-11-2022 09:16 AM
Meols derma 350ml 3 minit lebih dah penuh. Nurse ckp cepatnya dah penuh bag. Nak tanya nape laju t ...
alhamdulillah rezeki u cepat penuh bag
dia ada offer buat 450ml tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Good job! Boleh jadi contoh dia ni..PDN ambik la dia jadi duta ke, spokesperson ke |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 4-11-2022 08:04 AM
uols cuba dulu pergi dekat unit darah mana2 hospital. Cakap nak derma darah. Isi borang pastu dia ...
Ok tq, rupanya takleh tiba2 nk menderma. Sbb iols selalu jumpa kat shopping mall ada org derma darah.
So takleh la main walk in je kan kena gakla dlm keadaan bersedia |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 4-11-2022 10:15 AM
Ok tq, rupanya takleh tiba2 nk menderma. Sbb iols selalu jumpa kat shopping mall ada org derma dar ...
boleh walk in kalau u rasa badan u cukup sihat. Sebab still dia buat evaluation jugak.
So next time cuba je dulu, mana tahu ada rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
marchikobonzo replied at 4-11-2022 09:52 AM
Good job! Boleh jadi contoh dia ni..PDN ambik la dia jadi duta ke, spokesperson ke
tu la, jadi spokesperson pon bagus sebab boleh bagi kesedaran dekat org awam |
|
|
|
|
|
|
|
boongalalang replied at 4-11-2022 08:30 AM
PROSES PENDERMAAN DARAH
Carta Alir Proses Pendermaan Darah
• Isi borang pendermaan darah
Yg jumpa doktor tu hari yg sama ke atau sehari sblm?
Dulu tiap kali g hospital serdang hantar anak terapi, selalu nampak kat lobby tu ada pendermaan darah tu.
Teringin gak nak derma tp masa tu ada baby masih menyusu badan jd tunggu jelaaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ekzema ke eh? mcm sakit kulit pon ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|