CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2969|Reply: 47

Ismail Sabri Beri Jaminan- 'Satu Keluarga Satu Rumah' Jika BN Bentuk Kerajaan

[Copy link]
Post time 2-11-2022 07:07 PM | Show all posts |Read mode
KEPALA BATAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan setiap keluarga bakal memiliki rumah sendiri sekiranya kerajaan di bawah pimpinannya dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Kata beliau, ia selaras dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion termasuk Skim Perumahan seperti yang dibentangkan menerusi Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu.


Jelas beliau, skim perumahan itu memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan penyediaan kediaman mencukupi dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penambahan penduduk.




Foto: Malaysia Gazette




Ismail Sabri berkata, Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuk dalam skim perumahan itu juga akan memanfaat 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan sebanyak RM367 juta.


“Saya beri jaminan semua skim perumahan ini akan dilaksanakan jika Kerajaan Pusat yang saya terajui dipilih semula pada PRU15 pada 19 November ini.


“Ia juga secara tidak langsung membuatkan seluruh Keluarga Malaysia dapat memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’,” katanya.


Ismail Sabri (tengah) melihat replika Kepala Batas Youth Centre (KBYC) yang akan dibina di Kepala Batas di sini.
Beliau berucap pada majlis perasmian pecah tanah tiga projek berskala besar di Kepala Batas membabitkan pembinaan PPR, masjid serta Kepala Batas Youth Centre (KBYC) di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas.


Pada majlis sama, Ismail Sabri memaklumkan Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM170 juta untuk projek PPR Kepala Batas membabitkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di atas tanah seluas lapan hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Pongsu Seribu di sini.


“Kos pembinaan seunit rumah PRR itu adalah RM161,000 tetapi akan dijual pada harga RM45,000 seunit dan ini menjadikan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung kerajaan untuk projek ini berjumlah RM81.2 juta.  


“Meskipun Pulau Pinang adalah negeri yang diterajui pembangkang namun, Kerajaan Pusat masih memberi keutamaan terhadap pembangunan Keluarga Malaysia,” kata beliau.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, bagi pembinaan Masjid Bandar Putra Bertam pula, ia dibangunkan di atas tanah seluas 2.023 hektar yang akan dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui kaedah perkongsian kos dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7 juta.


“Perkongsian kos itu melibatkan peruntukan RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan, RM2 juta daripada kerajaan negeri manakala RM1 juta sumbangan pihak kariah melalui kutipan wakaf dana pembangunan masjid.


“Selain itu, satu lagi projek iaitu KBYC akan dibina selaras dengan pengumuman kerajaan pada Hari Sukan Negara 2022 di atas tapak seluas lebih 10 hektar bernilai RM45 juta di Mukim 6 di sini,” jelas beliau. – CARI


Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu keluarga satu komputer tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah kat kl je mahal...tmpt lain kira masih boleh dibeli rakyat malaysia lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:46 PM | Show all posts
boleh percaya ke? umno bn dah perintah 60 tahun? rakyat ada tak berumah? masih menyewa? biar betul ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols setuju. Sian iols tgk pasangan2 muda even yg dh pencen x de umah. Umahku syurgaku
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 60 tahun pun tak boleh direalisasi nak kena tunggu 60 tahun lagi ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2022 07:53 PM | Show all posts
kawan kawan kau dah kena pancung habis mael, karang jadi macam bakal MB Johor yang tak jadi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
1 keluarga 1 rmh? Biar betolll.. cam yer forumer semua, ni manifesto terbaru ameno, nnti kalau bn ameno menang, semua rakyat yg dah bekeluarga dan belum ada rmh, kena tuntut rmh.

Jgn lupa, bn menang dpt kemudahan beli rmh. Masa ni tuntut manifesto mcm dok tuntut drp PH 22 bln. Jgn pulak masa ameno bn menang lupa pasal manifesto, dgn PH walau tak habis penggal, tuntut bagai nk gila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 07:59 PM | Show all posts
makin ramailah ummah PPRT
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Make sure dapat pada yang hak, tapis betul2. Ni ada yang tak sepatutnye layak, ambik kesempatan beli untuk bagi sewa harga yahudi. Untung berganda
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:00 PM | Show all posts
ini janji2 basi mail oi...the people need something new...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 2-11-2022 07:58 PM
1 keluarga 1 rmh? Biar betolll.. cam yer forumer semua, ni manifesto terbaru ameno, nnti kalau bn am ...

Ni mcm scammer rm10 je

Hujung3 bila menang, bgtau la manifesto ni bukan akujanji…mcm parti lg 1 tu kata lepas menang pru aritu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:11 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 2-11-2022 12:12 PM

Too good to be true,
Ko pegi belajar bhs inggeris lah pak mail oiii jgn bagi malu msia lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ladyfreecare at 2-11-2022 12:40 PM

Atok mail kasi jaminan tu. Macam best aje. Iols dah goyang. Nak dengar ph,pn, gto punya tawaran janji pulak. Harap dorang dapat offer yg lagi baik untuk rakyat. weols nak yuran internet yg lagi murah mcm bayar token aje.
Best man win.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:58 PM | Show all posts
kelana36 replied at 2-11-2022 07:53 PM
kawan kawan kau dah kena pancung habis mael, karang jadi macam bakal MB Johor yang tak jadi tu...

sebab tu mat hasan duk tempat kj. semua lantikan yang bertanding orang2 jahid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 2-11-2022 08:02 PM
Ni mcm scammer rm10 je

Hujung3 bila menang, bgtau la manifesto ni bukan akujanji…mcm parti  ...

Hahaha.. boleh kona manifesto bkn akujanji pulak.

Pru kali ni macam2 geng tu, merajuk buat parti baru lah, boikot tutup bilik gerakan, cabut bendera2 haha meriah pru kali ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak rumah...

Ekonomi akan datang makin berat... Dan sesuatu yg memudahkan ekonomi, kerja kene berganda, tp biarlah setimpal dgn pendapatan.  



Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas setahun ada GST 9 percent izzit?

Kahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena perati betul2 ayat pak mael tuh....'sekiranya dia terpilih jd piem'. Klau tetiba wak jahit yg jd piem nti dia putaq lain la pulop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.144667 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list