View: 1184|Reply: 18
|
Manusia Lahir Di Makmal, Alien Serang Dunia- Antara Ramalan Baba Vanga Untuk Tahun 2023
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang percaya dengan ramalan masa depan, mesti kenal dengan nama Baba Vanga.
Vangeliya Pandeva Gushterova atau lebih dikenali sebagai Baba Vanga adalah salah seorang ahli mistik terkenal yang banyak membuat ramalan tentang masa akan datang.
Tidak dapat disahkan sama ada dia memang mempunyai kelebihan itu atau sebaliknya kerana tidak semua yang diramalnya betul-betul berlaku.
Apa yang pasti ramalan wanita buta itu kebanyakannya telah menakutkan dunia. Menjelang 2023 sudah ada ramalan untuknya!
Google
Perang dunia ketiga
Kita semua sedar bagaimana Rusia memulakan pencerobohan tidak wajar terhadap Ukraine pada 24 Februari lalu dan sejak itu perang berterusan antara kedua-dua negara.
Menurut wanita itu, sebuah negara besar akan menggunakan senjata biologi.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah beberapa kali memberi amaran terhadap penggunaan senjata nuklear, jadi apa yang diramal ada logiknya.
Memandangkan berlaku banyak kemusnahan dan kedua-dua negara belum mencapai perjanjian damai, kemungkinan perang dunia ketiga boleh berlaku.
Ribut matahari
Ahli mistik itu juga meramalkan bahawa akan berlaku ribut matahari yang akan menjejaskan dunia.
Serangan alien
Menurut laporan, ramalan seterusnya akan berlaku serangan makhluk asing. Ini akan berlaku apabila seluruh dunia akan diselubungi kegelapan, yang akan membawa kepada kematian berjuta-juta orang.
Letupan nuklear di Asia
Ramalan lain menyebut akan berlaku letupan nuklear di Asia yang akan mengeluarkan kepulan awan toksik melitupi benua Asia, mengakibatkan banyak negara terkena penyakit serius.
Manusia lahir di makmal
Dia juga menyebut tentang manusia akan dilahirkan di makmal. Ini bermakna setiap butiran, termasuk warna kulit dan setiap aspek fizikal, akan diputuskan. Pada asasnya, proses kelahiran akan dikawal sepenuhnya.
Dilahirkan pada tahun 1911, Vanga hilang penglihatan secara misteri pada usia 12 tahun semasa banjir besar.
Terdapat teori mengatakan dia ditiup angin puting beliung dan debu tanah menjadikannya buta seterusnya memberikan kuasa kepadanya untuk 'melihat' masa depan.
Vanga meninggal dunia pada 1996 pada usia 85 tahun dan telah meninggalkan ramalan sehingga tahun 5079.
Dia dilaporkan mempunyai kadar kejayaan 85 peratus dalam ramalannya.
Bagaimanapun harus diingat bagi penganut agama Islam, mempercayai sesuatu ramalan atau perkara karut adalah dilarang dan haram hukumnya! -CARI
Sumber: mStar/India Times |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha dia juga meramalkan BN/UMNO menang mudah PRU15 ini |
|
|
|
|
|
|
|
alien cepatlah serang manusia... manusia pun nak juga perang dengan makhluk lain |
|
|
|
|
|
|
|
GULP.......tahun depan jela ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah alien yg dimaksudkan yakjuj Dan makjuk.. waktu langit dikelilingi asap...Gitu iols speku |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 2-11-2022 09:01 AM
alien cepatlah serang manusia... manusia pun nak juga perang dengan makhluk lain
I pun tak sabar nak perang dengan alien
Mcm cerita ifinity war tu kan.
Lawan dengan alien simpati xde diskaun. |
|
|
|
|
|
|
|
oklatu85 replied at 2-11-2022 09:10 AM
Adakah alien yg dimaksudkan yakjuj Dan makjuk.. waktu langit dikelilingi asap...Gitu iols speku
Awal lagi. Sebelum yakjuk.makjuj
Kena perang besar dulu.
Mahalamah Al kubra |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia dilahirkan dlm makmal tu memang dah jadi pun since ivf dah ada. And now mmg boleh la pilih gender, pilih warna baby through sperm donation etc. Bila dia buat ramalan ni since dia mati pun mid 1990s kan. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 2-11-2022 06:50 PM
Awal lagi. Sebelum yakjuk.makjuj
Kena perang besar dulu.
Mahalamah Al kubra
Nauzubillah.. ngeri plak bayangkan...tapi.. da termaktubkan..cuma kena siapkan diri je.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe die merujuk ramalan filem avatar n DC kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Settlekan hutang cepat cepat. Bila Imam Mahdi mula di baiah. kita semua dah wajib ikut imam mahdi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tau Baba Yaga John Wick ajoo |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar manusia lahir kat makmal. ko lahir2 mmg xda mak pak. nsib ko la dek |
|
|
|
|
|
|
| |
|