CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 15

Akui Jarang Memasak, Yasmin Hani Sanggup Berlapar

  [Copy link]
Post time 1-11-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Akui Jarang Memasak, Yasmin Hani Sanggup Berlapar Asalkan Rumah Bersih – ‘Masak Bila Nak Je’



Pelakon dan pengacara, Yasmin Hami mendedahkan bahawa dia sangat mementingkan kebersihan rumah dan mengakui hanya akan memasak apabila perlu sahaja.

Pentingkan kebersihan


Ketika ditemui OhBulan!, Yasmin menegaskan bahawa dia bukanlah tidak gemar memasak, namun hanya memasak menu-menu yang asas dan mudah sahaja.

Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?

Ujar pelakon berusia 43 ini lagi, dia tidak kisah jika perlu berlapar kerana mementingkan kebersihan rumah dan hanya akan memasak apabila perlu.

Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya adalah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak sahaja.

Dalam perkembangan terkini, Yasmin menjadi hos dalam program realiti masakan terbaharu di TV9, Dapur Tempur. Program realiti Dapur Tempur ini menampilkan selebriti terkenal Sheila Rusly dan cef selebriti Chef Adu Amran menggalas tugas sebagai juri tetap.

Kena marah bila masuk dapur


Bukan itu sahaja, Yasmin sempat berkongsi kisahnya ketika masih kecil apabila sering dimarahi kerana masuk ke dapur memandangkan dirinya merupakan anak bongsu. Susulan itu, pelakon filem Duyung ini memilih untuk mengemas rumah.

Saya fikir balik dan berdoa ‘ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai masak’.

Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan.

Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Setiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan antaranya Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri dan Michael Ang.

Sumber:
https://ohbulan.com/akui-jarang- ... tIUkQ7T5N-a3wJ3cFWA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna thermomix lahhh tak payah mop2 lantai percik2 minyak hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan benang hari tu, bf datang hari2 sebab datang nak makan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak..kata suka mengemas, bukan susah manapun, lap ajelah balik dapur tu tiap2 kali lepas masak

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:29 PM | Show all posts
immaryjane replied at 1-11-2022 05:25 PM
Bukan benang hari tu, bf datang hari2 sebab datang nak makan?

Kan??
Tapi maid dia lah yg masak katanya tapi tetap lah masak kan
Tang mana yg tak masak janji rumah bersih tu?

Gamba dia yg first tu, blouse satin tu awat nampak ketet dia londeh? Tak pakai bra ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 1-11-2022 05:26 PM
Pulak..kata suka mengemas, bukan susah manapun, lap ajelah balik dapur tu tiap2 kali lepas masak

...

Susah.
I pun malas masak sebab taknak dapur berkecah
Tapi kalau masak, malas jua nak kemas. Akan kemas lah tapi rasa malas. Tp hani ni takde maid ke, suruh lah maid kemas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu maid masak apa yg bf dok ulang mai makan? Masak indomie & mi sedap kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun dah tak minat nak memasak sangat walau tahu je masak.
Maybe dah bosan kot hahahah,tp anak tak reti sgt plak memasak.
Kalau tak dah leh pencen dah mcm acik jiran iols kat kg dulu, masa anak2 dia sek menengah dia dah rileks2 dah sbb anak dia rajin masuk dapur dan masak.
Juadah raya pun depa dah leh masak.
Mil iols pun skrg ni takmo masak2 dh dia kata takkan aku yg umur 60 lebih ni kena masak utk org muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 06:14 PM | Show all posts
Edited by stania83 at 1-11-2022 06:16 PM

kesian anak anak lapar..orang yg suka masak ni, bukan suka masak tapi suka bagi orang makan, rasa fulfilled bila orang makan, dapur kotor tu benda no 2 yang penting orang makan.
malas masak sbb dapur kotor= selfish suka masak = selfless
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau seketul dua je kt umah jadi malas nak berkecah kt dapo...baik makan luar..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 1-11-2022 05:46 PM
Susah.
I pun malas masak sebab taknak dapur berkecah
Tapi kalau masak, malas jua nak kemas.  ...

Kes aku sebab start masuk dapur umur belasan tahun dulu, memang mak jenis lepas masak kena lap balik bersih2 dapur, so dah terbiasa kecah2 merecik sana sini masa masak tu memang biasa, nak2 kalau buat sambal tumis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2022 10:53 AM | Show all posts
poyo laa
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
I teror masak tp teringin nk ada tm6.. maheiii sgtlah nk beli
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 4-11-2022 11:25 AM
I teror masak tp teringin nk ada tm6.. maheiii sgtlah nk beli

Beli lah, dapur memang tak berlemuih.
Aku bukan advisor, pengguna je
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
boongalalang replied at 21-11-2022 09:47 PM
Beli lah, dapur memang tak berlemuih.
Aku bukan advisor, pengguna je

Aku asai ada duit je masuk kedai emas.. tak sempat duit nk beranak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 22-11-2022 11:26 AM
Aku asai ada duit je masuk kedai emas.. tak sempat duit nk beranak

Beli emas tu pun dah kira beranak long term
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072908 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list