CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4105|Reply: 64

Graduan Gred Rendah Pun Mampu Beli Kereta Honda, Beli Rumawip- Ramai Anggap CGPA Tak Penting

[Copy link]
Post time 1-11-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Di Twitter, seorang individu dikenali sebagai Zac Zakirin turut mengulas isu mengenai Purata Nilai Gred Kumulati (CGPA) sehingga ia mengundang perhatian ramai.


"CGPA tak penting sangat pun... Inilah ayat paling scam dekat universiti. Sebab ada motivasi toksik sebegini, ramai kawan kecundang dan struggle untuk dapat kerja masa keluar universiti.


"CGPA itu penting, sebab CGPA ni act as a ticket for you to go for interview with big company. Kalau CGPA rendah, memang kau akan dapat company biasa-biasa dan dibayar pun rendah.


"Jadi selain daripada salahkan kerajaan sebab tak tetapkan gaji minima, salahkan diri juga sebab main masa universiti. Majoriti company nak minima CGPA 3.00 and above," ujarnya.




Gambar Hiasan




Menurut Zac, kemahiran lain juga turut berguna untuk 'menjual' diri ketika temuduga kerja, namun banyak syarikat menawarkan tangga gaji berbeza mengikut CGPA seseorang individu.


"Once dapat interview, dekat sini baru bergunanya soft skills tu. Nak share sikit starting salary for big company macam sektor Oil and Gas, Energy, Big 4, Banking, consulting, IT etc, average RM3,000 hingga RM4,200.


"Manakala student yang bawah CGPA 3.00 ni, average akan start bawah RM2,000. Unless, kau memang mantap technical skills macam boleh jadi Fullstack Developer tu, CGPA kau 1.8 pun orang bayar kau above average untuk starter. Time ni boleh la nak sembang CGPA tak penting sangat pun," ujarnya lagi.









Dalam perkongsian itu, Zac turut memberi peringatan kepada golongan pelajar agar tidak terpedaya dengan ayat berkenaan dan meminta mereka untuk berusaha sebaiknya untuk diri sendiri.


"Janganlah percaya ayat scam tu kalau tak nak struggle dalam permulaan hidup. Lepas tu ada juga nak kata, tak apa, ini kan ujian. Kita terima sahaja.


"At first aku setuju, memang ujian. Tapi ujian lebih besar bila awalnya itu kau malas berusaha untuk put yourself to be a better person," tambahnya.


Menurut Zac, dia tidak menolak kebenaran bahawa mereka yang lulus dengan CGPA rendah juga mampu menggapai impian, namun menasihati mereka agar tidak memandang enteng soal tersebut.


"Ada juga yang dah keluar daripada struggle sebab CGPA rendah dan dia being positif kata Alhamdulillah, lepas susah senang 10 tahun, boleh pakai juga Honda sekarang ni, boleh beli Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (Rumawip).


"Hah, baguslah ada kesedaran within 10 years, boleh pakai Honda. Cuba kalau ada kesedaran itu awal lagi, boleh jadi dah pakai Mercedes dan beli eco-Setia. Again, selain daripada hebat soft skills pandai sembang, jangan ambil mudah pasal CGPA.


"Sebab CGPA rendah sangat ni mostly kena judge as pemalas. Tak masuk kelas, tak hantar atau lambat hantar assignment, tak buat quiz, tak pergi tutorial, tak study.


"Semua perangai ni memang menyumbang pada CGPA. Tak payah nak bohong, sebab I was there too masa first semester degree. Kena pula graduate zaman sekarang, yang CGPA 3.50 pun struggle nak cari kerja, inikan pula yang lebih rendah. Think about your future guys," ujarnya lagi.


Nasihat dan perkongsian itu ternyata meraih perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 11,200 ulang kicau (retweet).


Beberapa netizen turut berkongsi pendapat mengenai isu sama dan meminta golongan pelajar agar berusaha keras demi mencapai CGPA yang tinggi.


"ernah screen seorang candidate ni (fresh grad) CGPA tak cukup 3.0. Lepas tu inform la tak boleh hire sebab requirement 3.0 eh tiba kena marah dengan candidate cakap "kenapa nak kena pandang CGPA sedangkan ramai je CGPA tinggi tak perform" terus I reply, ni syarikat multinasional (MNC) company dik bukan company biasa.


"Company aku kerja sekarang ni dulu tak ada letak pun minima CGPA untuk panggilan interview kerja. Tapi disebabkan terlalu banyak permohonan dan persaingan salah satu cara untuk tapisan CV yang banyak tu ialah minima CGPA 3.0 ke atas.


"ointer penting untuk fresh grad. Once dah kerja beberapa tahun company lain time interview tak tengok pun CGPA.


"Saya sentiasa beritahu pelajar saya, gred bukan segalanya tetapi gred memberi anda banyak peluang.


"Untuk sesetengah company. Gaji dibayar mengikut CGPA," tulis beberapa pelayar Twitter. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau grad um cgpa 3.0
Dgn grad uitm 3.5 ke atas
Employer still pndg tinggi grad um walaupun kos sama.. hahaha..
Blum lg kolej swasta xdtg kelas pun xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:38 PM | Show all posts
Alhamdulillah, lepas susah senang 10 tahun, boleh pakai juga Honda sekarang ni, boleh beli Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (Rumawip)


Walaupun CGPA rendah nampak macam street smart juga beli rumah mampu milik
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:38 PM | Show all posts
aku stuju je.. malah aku rasa adik2 family b40/m40 yg bangga tunjuk slip  spm sume TH atau gagal tu, mesti ada yg dah start menyesal.. especially bila kenkawan dpt ipta/matriks atau ipts.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi klau cgpa tinggi technical skills kelaut dalam..boleh pi balik ye..tetambah in it fields ye...dimn ko mmg kena guna akal fikiran ko utk cari out the box nye solution ye ...bukan hafalan semata utk lulus exam
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by midori888 at 1-11-2022 08:52 PM

Ini semua rezeki, some ppl takyah study sgt pun bole dpt 3.5 above, ada yg study giler2, hanya dpt above 3 below 3.5 jer.

Now yg CGPA above 3.5 dah 2 tahun kerja, gaji 4k. Yg CGPA below 3.5 baru 1.5 years kerja dah dpt 4x ganda gaji.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata robert kiyosaki, sekolah hanya untuk melahirkan pekerja hamba untuk perusahaan2 besar. Berniagalah seperti Rasulullah, baginda bukan pelajar universiti tapi sifat jujur dan amanah baginda menjadikan setiap barang dagangan jualan baginda laku keras dan menghasilkan untung berlipat ganda. Dalam perniagaan ada 9/10 rezeki kata baginda. Sebab tu cina banyak yang pilih bidang perniagaan, mereka tahu itu menghasilkan pendapatan lumayan. Tapi mak2 melayu takut anak2 tak cukup makan, hasilnya umat islam jadi hamba makan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:45 PM | Show all posts
para pelajar masih tunduk kpd tuntutan alam pekerjaan dgn memenuhi kriteria CGPA...

kalau para pelajar menjadi bos sendiri, adakah CGPA penting?

di barat, system universiti sudah di anggap scam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk bgtau, comp aku ada hire student master..hjg2 kena dpt notis sb xleh perform...so????
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:13 PM | Show all posts
Kat opis aku ada budak tgh buat Master Jurusan Degree Matematik & Statistik jadi Temp.
Dia harap, lps dpt Master boleh jadi Lecturer. kat U.
Dah dua tahun grad, dah dua kali jadi temp kat tempat aku.
Ada 2 budak perempuan yg Grad Fin & Account 1st class jadi Temp di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:22 PM | Show all posts
tuntutan cgpa tinggi adalah normal. itu satu kriteria jer tapi sangat penting untuk tahu perngai seseorang semasa belajar / hadapi cabaran di universiti.

.. cuma jadi kesalahan besar nak kaitkan cgpa tinggi dengan kemampuan dari segala segi. contoh cgpa tinggi tapi tak boleh buat kerja.. statement spt ini terlalu umum, sepatutnya kompeni kena bersikap matang disini.

pelajar yang ada cgpa tinggi jika tidak menipu pasti ada kelebihan berbanding dengan cgpa rendah.... cumanya, kompeni kenalah work together dengan pekerja dia... kenali kelemahan, train, impart polici2 kompeni supaya mereka faham kemahuan kompeni.. pelan-pelan sepatutnya akan improve semua..

...dan satu lagi ialah statement cgpa tinggi tapi tak boleh buat kerja ni sebenarnya tak adil dan tak berguna pun... sebab ianya pandangan yang silap untuk djadikan panduan. walaupun ada kes yang betul, tetapi tak betul untuk semua pelajar... ramai pelajar yang hebat cgpanya dan hebat juga bekerja sejak dari mula bekerja... spt contoh dr amelina
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:35 PM | Show all posts
CGPA tinggi pun apa guna

waktu study ponteng kelas, suruh kawan sign kan attendance.
bila exam, meniru. sama ada bawak toyol, atau bincang jawapan dengan kawan2 lain. mentang2 lecturer tak perasan korang.
suruh buat assignment, malas. buat ala kadar, cukup syarat minima kertas je. ada tu siap bayar orang lain suruh buatkan. mentang2 ko ada duit, budak tu pulak takde duit nak makan, terdesak.
group assignment, jadi sleeping partner. maksudnya tak buat kerja, tapi nama ada dalam group. hari presentation, dia la baju paling smart, bercakap pasal topik panjang lebar. tapi kosong. bila lecturer soal, tolak orang lain jawab.

join program ke hulu, join aktiviti ke hilir. group projek suruh compile, bagi alasan busy. busy penat busy penat je la jawapan ko. lecturer tak nak dengar isu lain timbul. last2 menyusahkan team mate lain.

hujung2, dia grad CGPA atas 3.4 something..
pastu dapat kerja company gah. gaji letop

hasil (usaha?) menipu dan meniru zaman universiti

memang betul, CGPA tu penting untuk lepas tapisan pertama HR
tapi cerita sebalik CGPA tu, akan terbukti zaman keja nanti.

ada budak aku kenal dulu, CGPA tinggi jugak, budak dekan
around final year, dia sakit teruk. wallahualam, ada yang kata kena "dengki" orang. setahun dia sakit teruk, entah berapa kali tak datang kelas, exam fail. repeat subjek. last2, dari dekan, hujung2 CGPA tak sampai 3.00 pun. still, kitorang semua tau dia tu budak pandai. bak kata orang, dah bukan rezeki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
byk comp besar2 mmg tulis pointer siap2 above brp. so mana2 yg lepas tu dpt la chances utk intvw at least.dari sini guna la plak softskills dan segala jadaj skills yg ada tu. kalau tak perform gak kene reject la...itu adalah normal..sbb tu siap pekerjaan ada probation period. selagi boleh tapis...tapis habis habisan utk cmpny dptkan yg terbaik.

benda ni kan dah lama. yg ko bljr malas ala kadar pointer sendu nasib la...dan yg bljr hebak teori semata tp teknikal/praktikal kelaut pun mohon berundur la. org dah bagi peluang (dpt kerja) tak gunakan sepenuhnya mendapat larr.

tp ada je jenis bernasib baik sederhana kedua-duanya masih mampu bertahan.
lantak la diri msg2, ms depan msg2 nak corak caner. jgn tau merempan je
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cgpa mmg kena tinggi baru ada chance nak panggil interview.
Tp sebelum tu tgk course yang u all amik juga masa di ipta.
Ada yang tak laku weh sebab pasaran kerja tak meluas.

Kalau nak masuk private..of coz bersaing dgn bangsa lain.
Softskill penting. Sebab nanti kena selalu buat presentation..
meet client..attend meeting bla bla..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd aku kn ikut course . Kalo course power gegar kepala dpt cpga rendah pun senang dpt keje..Kalo course biasa2 skrg ni agak ssh jugak kecuali ade kabel..yg ni aku tgk senang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:20 PM | Show all posts
Standard kejayaan hidup di Malaysia = Pakai Honda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 06:29 PM | Show all posts
so kalau takde keta H, kira belum berjaya lagi ke acaner?

patot staff meols gaji cecah rm3K je menggelitissss nak beli H
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:34 PM | Show all posts
ni sbb start dr upsr la.. bersepahhhh2 A
then SPM.. again bersepahhhh2 A

pehtu masuk uni.. ramai yg resutl power pun tak dapat placement sbb apa.. sbb point kat atas tu la

pehtu bila grad , bersepah2 juga..dgn dean's list bagai nak muak baca dlm CV, mcm alahai senang betoi kome dapat ekk, tak macam dolu2

ada vacancy 2,3  post je yg apply beratus2 or beribu2..  mmg le majikan tengok pointer la,  tengok uni mana la, sbb how to vet kalau yg apply pun menimbun2





Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:38 PM | Show all posts
ko menari jela kat tiktok xpon niaga timbang kolo xpon jadi founder kayaa nanti dek
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
emm teringat lak ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064889 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list