CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 1

Sindiket Tipu Kerja Di Myanmar, Warga Malaysia Antara Diburu Polis

[Copy link]
Post time 1-11-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Berikutan penangkapan suspek dalang sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, polis kini meningkatkan gerakan memburu suspek lain termasuk warga Malaysia.


Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat Leftenan Jeneral Jirabhop Bhuridej berkata, ahli perniagaan berusia 33 tahun dari China itu dipercayai dalang sindiket yang memikat pencari kerja terutama warga Thailand untuk bekerja di bandar sempadan Myawaddy, Myanmar.




LEFTENAN Jeneral Jirabhop Bhuridej pada sidang media hari ini. FOTO Bernama.





Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu memikat pencari kerja dengan menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi di Mae Sot di wilayah Tak tetapi sebaliknya memaksa mereka menyeberang sempadan ke Myawaddy di Myanmar untuk bekerja sebagai penipu.


Dia ditahan di Bangkok pada Ahad.


"olis Thailand memulakan siasatan tahun lepas. Kami mengeluarkan waran tangkap ke atas 19 individu termasuk 11 warga Thailand, China (tiga), Myanmar (tiga), seorang warga Malaysia dan Filipina.


"Setakat ini, kami menahan tujuh warga Thailand dan seorang warga China (dalang)," katanya.


Sementara itu, Penguasa Bahagian Antipemerdagangan Orang Kolonel Man Menyam berkata polis memulakan siasatan selepas tujuh warga Thailand yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan diselamatkan di Mae Sot.


Beliau berkata, mangsa termasuk lima wanita terpikat untuk bekerja di Myawaddy dan mereka dihukum serta dipukul apabila gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh penyelia mereka, warga Malaysia dan Filipina.


"Mangsa selamat pulang ke rumah selepas ahli keluarga membayar wang tebusan sebanyak 50,000 baht setiap seorang," katanya kepada Bernama.


Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan di Bahagian Antipemerdagangan Orang.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 05:18 PM | Show all posts
Polis sana pon rasuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050327 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list